Didi Astillah Terima Mesej Ugvtan

Pelakon dan penyanyi cantik jelita, Dayang Nazilah Awang Astillah atau lebih mesra dengan panggilan Didi Astillah mengakui terkejut selepas mendakwa menerima mesej berbaur ugvtan daripada seorang individu yang tidak dikenali di Instagram.

Lebih mengejutkan apabila individu terbabit turut menghantar gambar sebilah pis4u dan memberitahu akan ‘membalas dend4m’.

Terima mesej ugvtan

Didi Astillah ada memuat naik beberapa screenshot mesej di Instagram yang diterima daripada seorang individu yang dipercayai merupakan seorang wanita. Dalam mesej tersebut, wanita terbabit telah melemparkan kata-kata kesat, mem4rahi serta ‘mengvgut’ akan membalas dend4m terhadap pelakon dan penyanyi ini. Menurut Didi, dia tidak tahu mengapa wanita itu nekad bertindak sedemikian sedangkan dia langsung tidak mengenali individu terbabit.

Astaghfirullahalazim. Terkejut bila nampak DM ni. Dengan kata-kata kesat dan ug4t saya macam ni, tolong jangan fikir saya tak boleh ambil tindakan dan awak suka-suka je bagi saya kata-kata macam ni.

Berdasarkan kiriman mesej tersebut, wanita berkenaan dipercayai telah meminta penjelasan kepada Didi mengenai hubungannya dengan seorang lelaki yang dikenali dengan nama Aiman Aziz. Hal ini dikatakan mula tercetus selepas Didi memuat naik gambar bersama Aiman yang segak memakai baju melayu berwarna putih. Malah terdapat juga satu gambar yang ditulis ‘Nak kahwin dah dia’. Wanita terbabit tidak henti-henti bertanya mengenai hubungan yang terjalin antara mereka.

Akan ambil tindakan undang-undang

Tetapi Didi langsung tidak memberikan respon terhadap mesej tersebut. Hal ini secara tidak langsung membuatkan individu ini menjadi agresif sehingga mengeluarkan kata-kata kesat dan menghantar mesej ugvtan. Susulan daripada itu, Didi menerusi satu video di IG Story memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terbabit.

Mesej yang diterima

‘Macam tak sihat je tengok’

Sumber: Didi Astillah

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Ohbulan