Hanya Sebab Tidak Pandai Memandu, Belasan Kereta Baru Milik ‘Jutawan Segera’ Ros4k

Pada awal minggu lalu, tular satu rakaman video menunjukkan penduduk di sebuah perkampungan Indonesia telah membeli kira-kira 176 buah kereta baru di Kampung Sumurgeneng di daerah Jenu, Tuban.

Rata-rata penduduk di situ merupakan petani telah mendapat wang pampasan tanah untuk pembangunan kilang petroleum milik syarikat dari Rusia. Jumlah wang pampasan yang diterima oleh penduduk kampung sekitar 8 bilion rupiah (RM2.3 juta) sehingga 26 billion rupiah (RM7.5 juta) berg4ntvng pada saiz jumlah tanah yang mereka ada.

Namun kegembiraan ‘jutawan-jutawan segera’ yang memiliki kereta mewah tidak bertahan lama kerana belasan kereta mewah tersebut mengalami kerosakkan akibat kem4lang4n. Punca kem4lang4n itu berlaku kerana mereka tidak pandai lagi memandu kereta.

Menurut Arie Soerjono, Pengurus Bahagian Auto 2000 Tuban mengatakan bahawa hingga kini sudah ada 15 buah kereta dari penduduk Kampung Sumurgeneng telah mengalami kem4lang4n.

Sumber Gambar: Kompas.Tv

Rata-rata kereta yang sedang dibaiki merupakan model Toyota dan kem4lang4n tersebut tidak berlaku di jalan raya, tetapi ia berlaku di kawasan jalan kampung setempat mereka. Seperti contoh, pemandu mel4ngg4r ruangan garaj ketika mahu mengundur kereta mereka kerana tidak pandai memandu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://www.thevocket.com/