[VIDEO] “Oii Sumbang!” – Sharifah Shahirah ‘Sabotajj’ Kerjaya Seni Anak Buat Ramai Terhibur

Program hiburan di kaca TV ni memang sentiasa ada buat kita para penonton di rumah. Bak cendawan tumbuh selepas hujan kata orang, tak pernah putus dengan program-program baru. Terbaharu di TV3, program realiti TV yang berjudul Famili Duo pula mula bersiaran. Ia merupakan sebuah pertandingan realiti nyanyian famili.

Image via:https://siraplimau.com/

Famili Duo merupakan spin-off daripada program Family Singing Show di 8TV. ser4mai 40 pasangan selebriti popular Malaysia akan bergandingan dengan ahli keluarga mereka untuk menonjolkan bakat nyanyian masing-masing. Kalau dah nama program nyanyian, tentulah kita nak tengok bakat nyanyian daripada para peserta.

Bagaimanapun, pada minggu kedua program tersebut bersiaran, pelakon terkenal Sharifah Shahirah bersama anak sulungnya, Allisya t4h1r, buat penonton tak kering gusi dengan gelagat mereka. Dalam episod yang bersiaran semalam, Sharifah dan anaknya itu dilihat mendendangkan lagu yang dipopularkan oleh ratu rock negara, iaitu Ella yang berjudul Standing In The Eyes Of The World

“Mak Pun Ting Tong Atas Stage”

Begitulah reaksi warganet yang melihat sedutan daripada persembahan mereka semalam, dan rata-rata rasa terhibur dengan aksi Sharifah bersama anaknya itu. Dalam pada itu, ada juga yang kata suara dan gaya Sharifah seakan-akan Ella. Kalau anda tengok sambil pejam mata, mesti ingat Ella yang tengah nyanyi. Persembahan dua beranak itu turut mendapat reaksi positif daripada para juri yang terhibur dengan persembahan yang diberikan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Program yang bersiaran setiap hari Ahad pada jam 9 malam itu  dihoskan oleh Uyaina Arshad serta dimeriahkan oleh dua figura popular iaitu Didie Alias dan Mark Adam sebagai juri. Program ni ada lapan episod je, jadi jangan lepaskan untuk tonton episod pada minggu ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon 

Sumber : https://www.koolfm.com.my/koolhiburan-video-oii-sumbang-sharifah-shahirah-sabotaj-kerjaya-seni-anak-buat-ramai-terhibur/