Ustazah Asma Harun sekali lagi ‘sound’ penggiat seni, minta henti program m4ksi4t

PENDAKWAH bebas terkenal, Ustazah Asma Harun sekali lagi membuat teguran terbuka kepada golongan artis dan selebriti agar lebih bertanggungjawab terhadap masyarakat.

Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram, Asma mengingatkan para artis supaya tidak menghidangkan persembahan berunsur m4ksi4t, luc4h atau yang boleh menjatuhkan maruah.

“Mohon duhai semua artis tanah air atas tiket apa pun sama ada pelakon, penyanyi, pelawak, pengacara dan lain-lain. Jadilah penghibur yang ada rasa tanggungjawab, tidak menyumbang kepada kerosakan yang sedia parah ini.

“Hentikan persembahan atau pertandingan berunsur m4ksi4t, berunsur luc4h dan menjatuhkan maruah.

“Diharapkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia, pihak berwajib, Persatuan Seniman dan lain-lain turut boleh memainkan peranan dalam isu begini. Jika tidak dibendung dengan bersungguh, maka normalisasi akan berlaku,” katanya.

Asma membuat teguran tersebut kerana menurutnya dunia hiburan pada ketika ini seakan-akan menormalisasikan m4ksi4t dalam sesuatu persembahan yang dilakukan golongan artis.

“Kemungkaran berlaku secara terangan, dibanggakan, dipromosikan dan diikuti. Bahayanya jika kita dah tak rasa apa-apa, scroll atau dilihat sahaja tanpa rasa.

“Dan apabila ada pihak yang membuat teguran, berlaku situasi pembelaan terhadap pelaku m4ksi4t.

“Lama-lama pelaku semakin berkuasa, pencegah semakin lemah, takut, paling sed1h jika berhenti. Kita kuat kerana Allah,” katanya.

Tidak bermaksud untuk ‘menc3rca’ pekerjaan golongan artis, sebaliknya Asma mengakui golongan selebriti diperlukan dalam persada seni bagi memenuhi fitrah manusia yang memerlukan hiburan.

Namun dia berharap agar ia tidak dilakukan dengan cara yang boleh melal4ikan.

“Iya, kalian diperlukan dalam persada seni, memenuhi fitrah insani, namun bukan dengan cara begini.

“Kasihanilah diri sendiri, kita semua bakal m4ti, janganlah ditangguh lagi hajat untuk kembali,” ujarnya lagi.

Dalam entri tersebut, pelakon Syatilla Melvin dan Noor Khiriah turut dilihat men1ngg4lkan komen di atas kata-kata ‘peringatan’ yang dikongsikan oleh Asma.

“Terima kasih atas ingatan ustazah. Sejujurnya saya terasa sesuatu apabila baca apa yang ustazah tulis sebab saya pernah berada di fasa berbuat salah.

“Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi atas ingatan untuk terus ke jalan kebaikan,” tulis Syatilla.

“Terima kasih atas ingatan ustazah,” ungkap pelakon Noor Khiriah.

Menerusi laporan mStar terdahulu, Asma melahirkan rasa terkejut apabila menonton video muzik lagu Ayda Jebat berjudul Parah yang dikatakan secara terang-terangan mempamerkan aksi luc4h dan mem4lukan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://cempedakcheese.com/