Kebanyakan Pelakon Baru Berlagak, Tak Reti Nak Bertegur Sapa, Kata Rita Rudaini

Meskipun industri hiburan kini semakin ramai pelakon baru muda yang cantik dan jelita, namun Rita Rudaini masih mampu bertahan untuk muncul di kaca televisyen.

Berkongsikan rahsia masih lagi bertahan di dalam industri sampai ke hari ini, Rita berkongsikan nasihat buat pendatang baru terutama dalam bidang lakonan.

Rita berkata dia sering melihat beberapa pelakon baru yang s0mbong dan tidak bertegur sapa ketika bekerja. Ujarnya, jika mahu bertahan lama, per4ngai tesebut perlu dibu4ng. Tegasnya, teguran diberikannya itu bukan kerana irl hati tetapi hanya nasihat.

“Terus terang saya katakan, kebanyakan (pelakon baru) yang saya lihat sangat berlagak, tidak bertegur sapa pun dengan orang lain. Sebagai pelakon baru, kenalah ramah dan perkenalkan diri kepada orang lain.

“Pada masa yang sama, kena banyak bertanya supaya dapat fahami watak. Ia akan memudahkan proses lakonan bukan saja untuk diri mereka tetapi juga memudahkan urusan produksi.

“Mungkin ada yang beranggapan apabila pelakon lama tegur sebegini, mungkin sebab kami dengkl. Tidak sama sekali, ia hanya satu nasihat buat mereka,” katanya lagi.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : rotikaya