“Mana Makanan Cikgu?”- Anak Lelaki Ini Bukanlah Menangis Hari Pertama Persekolahan Tetapi Menggunakan Umpan Makanan Untuk Masuk Ke Tadika

Tahun 2021 adalah tahun istimewa bagi anak-anak yang bersekolah kerana sesi persekolahan secara bersemuka tidak berlangsung seperti sebelum ini. Hanya pelajar yang menduduki peperiksaan awam dan anak-anak tadika serta taska swasta saja yang dibenarkan ke sekolah.

Bagaimanapun, bagi ibu bapa yang risau keadaan kesihatan anak kecil, Kementerian Pendidikan tidak memaksa untuk ibu bapa menghantar anak ke tadika sebaliknya boleh memilih untuk sesi pembelajaran online.

Namun bagi ibu bapa bekerja mereka memilih untuk hantar anak ke tadika atau taska atas sebab tertentu.

Walaupun hari pertama persekolahan tahun ini tak meriah dengan gelagat anak yang macam-macam, perkongsian ibu atas nama MsNorfael Naufal ini melalui Group Anak Sepahkan Apa Hari Ini sungguh terhibur.

Gelagat anak lelakinya yang pertama kali ke tadika bukanlah menangis tetapi hanya menggunakan umpan makanan baru bersemangat untuk masuk tadika.

Mula-mula sampai bersemangat

Ni anak kedua saya. Nufael namanya. Umur 3 tahun 8 bulan. Hari ni hari pertama dan tahun pertama masuk tadika. Mula-mula tu bukan main bersemangat berjalan masuk tadika.

Mula drama depan pagar

Sampai depan pintu tak nak masuk pula. Ahh sudah..30 minit sesi pujuk dia depan pintu masuk. Dia ni badan besar dan berat pula tu.

Berat dalam 30kg, kalau secara paksaan suruh dia masuk mahu habis kudrat melawan dia ni.

Tertarik pada makanan 

Tiba-tiba seorang kawan sekolahnya masuk bawa bekalan makanan.

Mama : Adek.. masuk kelas ok. dalam kelas ada kawan.. Ada MAKANAN..

Nufael : mana mama.. makan?

Teacher : Jom masuk.. Kat dalam ada banyak makanan.

Nufael: Ok.

Bila dia kata ok tu.. fuhhhh lega.. Apa lagi cepat-cepat lari lah sebelum dia tahan mama lagi. Awak ingat makan jer eh sayang.

Semoga istiqomah macam tu ya adek untuk hari seterusnya.. Stay safe!! Mama paling risau kalau dia nak bu4ng air besar. Bertabahlah cikgu yer.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Pa & Ma