Selepas Kess C0vld Hari Ini Cecah Empat Rlbu, Menteri Pendidikan Terus Umum Apa Yang Akan Jadi Dengan Sesi Sekolah

PUTRAJAYA – Semua murid sekolah rendah dan pelajar Tingkatan 1 hingga 5 di sekolah menengah perlu mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru dan murid mulai 20 Januari ini.

Keputusan terbaharu itu selepas mengambil kira jumlah kess jang.kitan C0vid 19 hari ini yang mencecah angka 4,000 dan tr.end kess jang.kitan yang semakin meningkat.

Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan (KPM) mem.utuskan sesi persekolahan secara bersemuka yang bermula 20 Januari ini di seluruh negara hanya melibatkan calon peperiksaan utama termasuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020.

Kebenaran itu juga melibatkan calon yang menduduki  Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Vokasional Malaysia (DVM) serta peperiksaan antarabangsa yang setara.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Pendidikan), Dr. Radzi Md. Jidin berkata, semua murid tingkatan satu, empat dan enam serta murid tahun satu hingga enam dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di negeri dilaksanakan Perlntah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perlntah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibenarkan ke sekolah bermula 20 Januari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, murid-murid tingkatan dua dan tiga di negeri terbabit hanya dibenarkan ke sekolah pada 8 Mac depan.

Sumber : KosmoOnline

Selain itu, kenyataan itu turut menyebut, memandangkan ada murid sudah mula mendaftar masuk di asrama mulai 16 Januari 2021, KPM telah membuat dua ketetapan membabitkan sekolah bersarama penuh dan asrama sekolah harian seperti berikut:

Sekolah Berasrama Penuh

*Murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5:

• boleh kekal di asrama dan mengikuti PdP secara dalam talian di sekolah; atau

• boleh pulang ke rumah dan mengikuti PdPR. Ibu bapa atau penjaga dibenarkan mengambil anak atau anak jagaan pulang pada bila-bila masa yang sesuai dengan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

*Murid Tingkatan 5 (2020) dan Tingkatan 6:

• mengikuti PdP secara bersemuka di sekolah sehingga selesai peperiksaan.

Asrama Sekolah Harian

*Murid Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tingkatan 5:

• boleh kekal di asrama dan mengikuti PdP secara dalam talian di sekolah; atau

• boleh pulang ke rumah dan mengikuti PdPR. Ibu bapa atau penjaga dibenarkan mengambil anak atau anak jagaan pulang pada bila-bila masa yang sesuai dengan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

*Murid Tingkatan 5 (2020) dan Tingkatan 6:

• mengikuti PdP secara bersemuka di sekolah sehingga selesai peperiksaan.

Selain itu, kenyataan itu juga menyebut, keperluan makan dan minum murid di asrama akan disediakan oleh pihak sekolah.

Bagi tujuan pengoperasian sekolah pula, kenyataan itu menyebut, semua guru hendaklah kembali ke stesen tempat bertugas masing-masing sebelum 20 Januari 2021.

“Guru yang terlibat dengan kelas peperiksaan SPM/SVM/SKM/STPM/STAM/DVM tahun 2020 perlu hadir ke sekolah untuk tujuan PdP secara bersemuka. Guru yang lain akan melaksanakan PdPR dan kehadiran ke sekolah adalah berdasarkan keperluan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan,” kata kenyataan itu.

Kata kenyataan itu lagi, bagi pelajar Kolej Matrikulasi, mereka perlu kekal di kolej masing-masing untuk terus mengikuti pembelajaran secara hibrid.

Sementara itu, semua pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) yang telah berada di asrama perlu kekal berada di asrama kampus.

“Pelajar yang masih belum mendaftar di asrama boleh memilih untuk masuk ke asrama atau kekal berada di rumah masing-masing. PdP untuk semua pelajar IPG akan dilaksanakan secara dalam talian mulai 17 Januari 2021.

“Perincian berkaitan pelaksanaan praktikum dan internship IPG akan dimaklumkan kelak,” katanya.

Pada masa yang sama, keyataan itu menyebut, semua tadika swasta yang berdaftar dengan KPM boleh terus beroperasi secara bersemuka.

“KPM menyarankan agar semua ketetapan ini turut diikuti oleh sekolah-sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM, termasuk sekolah di bawah kerajaan negeri.

“KPM sentiasa komited membantu usaha Kerajaan dalam melandaikan keluk penul4ran w4b4k c0v1d-19,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!  

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon 

Sumber: http://transformasi.pw/2021/01/16/org-kuat-skoloh