Seorang Lelaki Mencuba Makan Ramen Dari Korea Yang Terlalu Pedas Sehingga Menyebabkan Telinganya S4kit Dan Tidak Dapat Mendengar Dengan Baik

Mi segera dan ramen adalah salah satu makanan kegemaran orang Asia, di mana lebih pedas mi segera itu lebih sedaplah ia. Namun semua orang mempunyai limit masing-masing apabila memakan makanan yang pedas.

Seorang lelaki ini pula percaya bahawa dia mempunyai tahap ketahanan pedas yang tinggi memandangkan dia dibiasakan dengan makanan pedas sejak kecil.

Jadi selepas melihat ramai yang mencuba trend makan ramen Samyang, Reemul Balla yang merupakan seorang penulis media juga membuat keputusan untuk mencuba mi segera dari Korea itu.

0_Noodles

Dia memesan 2 bungkus ramen Samyang berperisa ayam pedas dari Amazon dan mengakui bahawa rasanya enak apabila dia mencubanya dengan satu suapan.

Tetapi tidak lama kemudian dia terpukul dengan kepedasan ramen Korea itu yang tiba-tiba muncul dalam mulutnya sehingga giginya kebas dan tekaknya menjadi sempit.

Tidak mahu mengalah, Reemul sambung makan namun hanya berjaya menghabiskan separuh mangkuk sebelum seluruh badannya menjadi kebas.

0_Noodles (1)

Lebih teruk, keesokkan harinya dia mendapati telinganya s4kit terutamanya apabila dia membuka mulut, dan kes4kitan itu bertambah hari demi hari.

Selepas membuat pencarian di Google, dia mendapati ada orang lain yang turut mendapat gejala yang sama selepas memakan mi segera yang terlalu pedas.

0_Noodles (2)

Rupa-rupanya, makanan yang terlalu pedas telah melonggarkan selaput lendir di hidung dan tekaknya serta menyumb4tkan saluran Eustachian telinganya, menyebabkan telinganya s4kit dan dia tidak dapat mendengar dengan baik.

Lelaki itu menerima pengajarannya untuk tidak memaksa diri makan makanan pedas dan kini tahu tahap ketahanan pedas dirinya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : HCL