“Saya pilih menenangkan hati isteri,..”-Ulama Syekh Ali Jaber Pernah Tak Pegang Telefon Bimbit 2 Tahun, Demi Tidak Mahu Meny4kiti Hati Isterinya

Semalam, dunia kehilangan seorang ulama terkenal Indonesia, Syekh Ali Jaber. Banyak memberikan nasihat dan doa-doa, ulama ini cukup disayangi pengikutnya. Malah pemergiannya semalam turut mendapat perhatian dari Menteri Agama Indonesia, Yaqut Cholil Qoumas yang menyifatkan pemergian Syekh Ali Jaber satu kehilangan besar dalam dunia dakwah Indonesia dan sempat mendoakan almarhum sentiasa mendapat rahmat dan tempat terbaik di sisi Allah.

Di sebalik pemergian yang ditangisi, ternyata sisi baik ulama ini termasuk menjaga kehormonian rumahtangganya di sebalik kesibukan berdakwah di mana Syekh Ali Jaber menampilkan akhlak yang cukup terpuji.

Pernah dalam satu temubual di program Okay Bos yang mana Raffi Ahmad dan Vicky Prasetyo menjadi pengacaranya pada 28 September tahun lalu, saat ditanya adakah benar Syekh Ali Jaber tidak menggunakan telefon bimbit selama dua tahun kerana isterinya sering cemburu, ulama ini mengiyakannya.

Jelasnya, hal itu dilakukan demi menghorm4ti perasaan isterinya, Umi Nadia yang berasa cemburu suaminya bergambar dengan perempuan lain seusai habis kuliah agama disampaikannya.

Allah, baiknya akhlak ulama ini demi menjaga hati isteri disayanginya, beliau tidak mahu menyakiti dan sanggup berkorban apa sahaja.

Isteri wajar berasa cemburu dengan suami

Dalam pada itu, Syekh Jabir Ali berkata, adalah wajar jika isteri mempunyai perasaan cemburu terhadap suami.

“Wajar perempuan berasa cemburu dan semestinya terhadap kita sang suaminya. Marah terhadap cemburu atau kita menghorm4ti rasa cemburunya dan bersikap baik untuk menenangkan hatinya. Kita harus memilih antara satunya. Dan saya pilih menenangkan hati isteri,” katanya dalam temubual itu.

Syekh Ali Jaber sempat berkongsi saat isterinya berasa cemburu. Hal ini biasanya berlaku apabila peminat dan jemaah memberikan tanda emosi hati terhadapnya. Biasa hal ini terjadi, ada yang menulis di whatsapp dan memberikan tanda emoji hati,” kenang Syekh Ali Jaber.

Kata ulama ini lagi, suami tidak seharus membuat hati isteri resah dengan semua perlakuan dan suami harus menjaga perilaku agar isteri tidak berasa cemburu.

Mampukah kita membuat sebegini demi menjaga hati isteri? Apa pun rumah tangga seharusnya dibajai dengan solat jemaah dan mengaji bersama. Jika kita berpegang teguh pada agama dan redha menerima kekurangan pasangan, pasti rumahtangga akan bahagia. #SinarUntukMalaysia

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Kashoorga