Alhamdulillah Berkat Doa Semua, Ainul Dah Off Oksigen, X-Ray Semua Clear!

Perancangan Allah semuanya rahsia yang tak pernah pun terfikir oleh kita sebagai manusia. Namun itulah kekuasaanNya. Bila DIA berkehendakkan sesuatu perkara, pasti ada hikmah disebaliknya.

Begitu juga dengan kisah perjalanan si comel Ainul Mardhiah yang sangat-sangat istmewa dan sering mendapat perhatian ramai. Walaupun perjalanannya menjalani pembed4han dah berjaya, rakyat Malaysia tetap nak ambil tahu mengenai perkembangan Ainul dari semasa ke semasa.

Dah off oksigen, bebas bergerak

Setiap kali ada perkembangan terbaru, pasti ramai yang sentiasa mengirimkan doa buatnya. Mungkin juga doa yang tak putus diterima Ainul buatkan dia makin sihat dan sangat-sangat aktif.

Terbaru menerusi perkongsian walid Ainul, Ahmad Safiuddin, Ainul kini dah off oksigen dan dia sudah bebas untuk bergerak ke mana-mana. Ini maknanya tiub dilehernya itu sebagai persediaan saja jika saat kecem4san.

“Melalui pemeriksaan kesihatan yang dilakukan oleh pakar minggu lalu, setelah X-ray dilakukan semuanya dalam keadaan baik dan nampak clear. 

“Cuma sekarang ni jururawat nak naikkan berat badan Ainul je. Nampak susut sikit sejak dah dapat kaki,” katanya.

Jika sebelum ni rutin Ainul ke h0sp1tal sebulan sekali, sekarang doktor dah beri 3 bulan sekali untuk buat pemeriksaan berkala. Alhamdulillah!

Ainul buat mama dan walid kuat!

Sementara itu, melalui perkongsian mama Ainul pula, Nurul Erwani, dia sangat-sangat bersyukur dengan perkembangan anak sulungnya itu sejak dari lahir hingga sekarang.

Jika di awal kelahiran, hanya air mata sebagai peneman dan doa tak putus buat bidadari kecilnya itu, kini Allah hadirkan satu kurniaan kegembiraan dalam hati ini.

 Terima kasih Ainul sebab selalu jadi penguat mama untuk sentiasa bersyukur hidup di dunia ni. Mama harap Ainul sentiasa ada di depan mata mama di setiap hari-hari yang bakal kita lalui bersama

Mama sedang berusaha untuk pastikan Ainul akan sembuh secara keseluruhan, dapat bebas dari apa-apa bantuan yang Ainul sedang pakai sekarang. Sikit lagi Ainul!

Moga Ainul terus menjadi kebanggaan ramai dan sentiasa dikurniakan kesihatan baik berpanjangan. Insya-Allah.

Kredit: FB Ahmad Safiuddin & IG Nurul Erwani

 Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Pa&Ma