Pernah Ditik4m Selepas Ceramah, Ini 5 Fakta Tentang Syekh Ali Jaber Sebelum Men1ngg4l Dunia

Syekh Ali Jaber, yang merupakan ulama dan pendakwah berasal Madinah, Arab Saudi, yang berwarganegara Indonesia men1ngg4l dunia pada hari ini, Khamis (14/1).

Pendakwah itu men1ngg4l dunia setelah didiagnosis menghidap c0v1d-19, walaupun kesihatannya dilaporkan bertambah baik.

Berita kem4tian Syekh Ali Jaber atau nama sebenarnya Ali Saleh Mohammed Ali Jaber disahkan oleh Ustaz Yusuf Mansyur menerusi akaun Instagram @yusufmansurnew. Ustaz Yusuf Mansur bahkan menyatakan bahawa Sheikh Ali Jaber telah menguji negatif v1rus korona.

Namun beberapa hari kemudian, tersebar di media sosial gambar menunjukkan Syekh Ali Jaber tidak sedarkan diri dan menggunakan alat bantuan pernafasan.

Kepada tidak mengenali Sheikh Ali Jaber, Murai MY mahu kongsikan 5 fakta tentang beliau.

5 Berasal Dari Madinah

 

Foto: CNNINdonesia

 

 

Sheikh Ali Jaber dilahirkan di Madinah, 3 Februari 1976. Pada usia 10 tahun, Sheikh Ali Jaber dapat menghafal 30 juzuk Al-Quran. Bahkan pada usia 13 tahun, Sheikh Ali diberi kepercayaan untuk menjadi imam di salah sebuah masjid di kota Madinah.

4 Jadi Juri Majlis Hafiz Indonesia

 

Foto: CNNIndonesia

 

 

Syekh Ali Jaber pernah bertugas sebagai juri pada majlis Hafiz Indonesia dan menjadi da’i dalam pelbagai kajian di beberapa stesen televisyen nasional.

3 Berkahwin Dengan Wanita Berasal Dari Lombok

 

Foto: Haibunda.com

 

 

Pada tahun 2008, Sheikh Ali Jaber berkahwin dengan Umi Nadia, seorang wanita dari Lombok, Nusa Tenggara Barat. Pasangan ini dikurniakan seorang anak yang bernama Hasan.

2 Fasih Berbahasa Indonesia

Setelah tujuh tahun tinggal di Indonesia, Sheikh Ali Jaber sudah fasih berbahasa Indonesia. Dia menjelaskan bahawa pergaulan dengan masayarakt yang menjadikan dia fasih berbahasa Indonesia. Pada awalnya, ketika dia datang ke Indonesia dia mengakui bahwa dia sama sekali tidak dapat berbahasa Indonesia.

1 Pernah Ditik4m Orang Tak Dikenali

Pada September tahun lalu, Syekh Ali Jaber pernah ditik4m oleh seorang pemuda yang tidak dikenali di Lampung setelah memberikan ceramah. Ketika dia tahu seseorang datang dan akan menced3rakannya, dia segera mengangkat tangannya untuk menutup lehernya. Kemudian, pis4u yang dibawa oleh pelaku menik4m lengannya.

Selepas kejadian menik4m, pelaku  segera ditangkap oleh p0lis. Keadaan Sheikh Ali Jaber dikatakan tidak serius. Syekh Ali Jaber menduga pelaku melakukan perbuatannya kerana ada dorongan atau ada yang menyuruh.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Murai.my