[VIDEO] Temubual ‘Amani’ Tapi Wajah Hannah Delisha Iras Anak Patung Jadi Perhatian Netizen

Pelakon Hannah Delisha bukanlah seorang selebriti yang asing lagi dalam drama bersiri dikaca televisyen yang mana dia telah menjadi antara pelakon yang diminati peminat drama tempatan selepas bergandingan dengan Syafiq Kyle menerusi drama berjudul, Mencintaimu Mr Photographer.

Walau bagaimanapun, dia bukan sahaja telah berjaya membuktikan bakat lakonannya sebagai watak baik malah baru-baru ini dia melonjak naik dalam industri hiburan tanah air apabila dia berhasil membawa watak jahat sekali gus viral di media sosial.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hannah Delisha (@hannahdelisha)

Terbaharu, dia menjadi antara selebriti jemputan dalam rancangan popular, Melodi bagi berkongsikan penangan watak Amani yang dilakonkan itu kepada umum disamping dia turut berkata tidak menyangka lakonannya itu menjadi bualan dalam drama berjudul Cinta Sekali Lagi.

Seperti diketahui juga, pelakon jelita ini telah bertudung dan ternyata kisah hijrahnya itu mendapat perhatian para peminat yang mendoakan terbaik buat dia.

Jadi melalui ruangan komen menerusi video temubual dia di Melodi ternyata rata-rata netizen lebih tertarik dan suka melihat penampilan Hannah Delisha dalam rakaman terbabit yang mana jelas kelihatan dia semakin jelita selepas bertudung.

Selain itu, pujian buat Hannah Delisha juga ditinggalkan warganet apabila dia dikatakan berhasil membawa watak Amani dengan sangat baik.

Terdahulu, pelakon kelahiran Singapura ini menafikan dakwaan dirinya bertudung disebabkan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Menerusi laporan BH Online, Hannah, 24, menekankan dia hanya melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang wanita yang beragama Islam.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hannah Delisha (@hannahdelisha)

“Tidak… Saya bertudung bukan sebab mahu kahwin. Saya hanya menunaikan tanggungjawab kepada Allah SWT.

“Dalam hidup, kena sentiasa berubah dan memperbaiki kekurangan diri. Saya mahu menjadi muslimah yang baik. Insya-Allah.

“Saya juga bersyukur kerana keputusan dibuat pada saat tiada hutang penggambaran yang memerlukannya tidak bertudung,” katanya.

Sementara itu, pelakon utama drama Mencintaimu Mr. Photographer mended4hkan dia terpaksa menangguhkan niat untuk berhijab sejak Ramadan disebabkan komitmen dengan kerjaya.

“Jika ikutkan, saya sudah berniat mahu memakai hijab sejak Ramadan lalu. Bagaimanapun, disebabkan terikat dengan komitmen drama Cinta Sekali Lagi, niat berhijrah terpaksa ditangguhkan dahulu.

“Namun, saya tidak menangguhkan hasrat sebaik selepas penggambaran. Semoga saya terus istiqamah,” katanya lagi.

Sebelum ini, sekeping foto Hannah mengenakan hijab di media sosial telah mencuri tumpuan wargamaya.

Selain berkongsi foto tersebut, Hannah turut menukar gambar profile Instagramnya kepada wajah bertudung.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mediakl