“Kenal Awek Ni Awal 1999 Kawan Sekolah, Kapel Terus!” – Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Lan Solo

Kalau zaman sekarang ni mungkin sudah jarang kita mendengar kisah percintaan dari zaman sekolah hinggalah berakhir di jenjang pelamin.

Namun bagi penyanyi Mohd Razlan Mohamed Yusof atau lebih mesra dikenali sebagai Lan Solo, itu adalah peristiwa yang sungguh indah untuk dikenang kembali.

Berkongsi sekeping gambar di zaman persekolahannya di Instagram miliknya, Lan berkongsi kisah kenangan bersama isterinya, Nur Sheila Hassim.

“Kenai awek sebelah ni awai tahun 1999. Kawan sekolah kan. Kapel terus. 10 tahun jugak la tempoh perkenalan sebelum ke jinjang pelamin. Dugaan dia..fuhhh,” tulis Lan mengingat kembali.

Gambar tersebut dimuat naik sempena ulang tahun perkahwinan mereka pada 5 Disember 2009.

“Tapi itulah namanya jodoh. Alhamdulillah. 5 Disember 2009 adalah tarikh kami berdua diijab kabul.

“Dan tahun ni adalah ulang tahun perkahwinan ke 11 kami. Yeay! Happy anniversary sayang, Sheila Razlan. Love you sampai jannah! Amin,” tulis Lan lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by LAN SOLO • KRISTALx (@lansolo_official)

Hasil perkahwinan mereka berdua, penyanyi yang pernah menduduki tempat ketiga Gegar Vaganza musim yang keempat ini mempunyai empat orang cahaya mata.

Selain daripada menyanyi, Lan dan isterinya turut mengusahakan pasaraya Solo Borneo Mart yang kini sudah mempunyai dua buah cawangan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak