Muat Naik Foto Mengj0lok Mata, Janna Nick Dah Putus Dengan Kekasih?

Menjadi seorang selebriti pastinya membuatkan diri mereka sentiasa diperhatikan oleh netizen sehingga ada yang akan menilai setiap perbuatan yang mereka lakukan.

Seperti contoh berlaku kepada pelakon cantik manis, Janna Nick apabila ruangan komen gambar di laman Instagram miliknya dihujani komen berbaur negatif.

Pelakon drama Leftenan Zana itu telah memuat naik sekeping gambar menunjukkan dia berada di sebuah gimnasium.

Rata-rata komen yang ditinggalkan bercakap mengenai tubuh badannya.

 

Netizen turut menegur pakaian yang dikenakan oleh pelakon berusia 25 tahun ini kerana ia agak ketat.

Sebelum ini Janna juga pernah ditegur oleh netizen apabila beliau memuat naik fotonya memakai baju sukan ketika sedang berbasikal.

Tetapi kalau nak bersukan kita memang digalakkan untuk memakai pakaian yang selesa supaya tidak mengg4nggu ketika bersukan kan?

Dalam masa yang sama, ada juga yang bertanya tentang hubungan cintanya bersama dengan pelakon Dini Schatzmann kerana jika dilihat di Instagram Janna, gambar kekasihnya itu sudah tidak kelihatan lagi.

Apa pun kita doa yang baik-baik sahaja okay!

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Hot.fm