Rupanya ini pemilik tulisan tangan cantik di kad ucapan kiriman Tok Ti

SEPERTI semua maklum, dua lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza didendangkan dengan baik oleh penyanyi gantian pada malam Semi Final Muzik-Muzik 35 (SFM35) baru-baru ini.

Memilih Shiha Zikir dan Aishah bagi membawakan lagu 7 Nasihat (bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta) dan juga Aku Bidadari Syurgamu, kedua-dua lagu tersebut berjaya menarik perhatian penonton.

Sebelum berlangsungnya SFMM35 itu, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau mesra disapa Tok Ti telah menghantar kad ucapan terima kasih dan kata-kata semangat.

Namun begitu, apa yang sedang menjadi perbualan panas di media sosial adalah tulisan tangan yang tertera di kad tersebut yang dianggap sangat cantik.

Rupanya, pemiliknya tulisan tangan cantik itu bernama Deesyawallin atau mesra dipanggil Lynn.

Katanya, sebenarnya Tok Ti dan Kak Zie adalah pelanggan tetap kakaknya.

“Sebenarnya Tok Ti dan Kak Zie adalah pelanggan tetap kakak saya, Deeyana.

“Kakak saya itu buat kek @deeyan’s signature. Banyak kali dah kakak saya buatkan kek dan hadiah untuk Tok Ti, pernah juga buat kek hari jadi beliau dan suami.

“Jadi kelmarin waktu kakak saya dapat order daripada Tok Ti untuk bagi gift, kek and dessert untuk artis yang mewakili beliau ke SFMM, kakak saya minta tolong untuk saya untuk tuliskan dekat kad tu.

“Katanya ‘tulisan you cantikkan? tolong tuliskan kad untuk Tok Ti, sebab Tok Ti ada order kek ni’.

“Saya pula memang peminat Tok Ti, jadi saya rasa bertuah kalau dapat tuliskan kad sebagai mewakili Tok Ti.

“Lagipun ini bukanlah kali pertama, selalu juga tolong kakak saya tuliskan untuk ucapan kad terima kasih yang nak diberikan kepada pelanggan.

“Saya memang suka menulis, jadi saya seronok je tolong kakak saya bila-bila masa saya free,” katanya kepada SinarPlus.

Tulisan tangan di kad ucapan tersebut sangat cantik sehingga membuatkan ramai yang memuji kekemasannya.

 

Walaupun tidak pasti sama ada tulisan tangan tersebut milik penyanyi nombor satu negara itu ataupun bukan, warganet yang juga peminatnya tetap berasa teruja melihatnya.

Hanafi Haron – Cantikkkkkk gilosss tulisan tokti nih! Pakai pen dan font apa ni. Sekata jek template dia. Inspired nak tulis cantik macam ni!

Kimochii – The handwriting was so beautiful. Should be made as a new font.

Salena Gomeh – Tulisan TokTi macam tulisan kad raya masa dulu-dulu orang duk pos guna posmen.

@strawberrichie – Cantiknya tulisan PA dia wow… ke memang tulisan Tok Ti so naiseee.

@faizcullen08 – Tak pernah tak humble. Always address diri as Siti je. Takda sibuk cam certain orang tu nak paksa orang panggil dato ape sumua.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar