Jir4t Cina Dinasti Qing ditemui di rumah bekas MB Pahang

PEKAN – Penemuan sembilan batu nis4n dengan tulisan Cina kuno di pekarangan rumah bekas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Muhamad Jusoh di Kampung Pekan Lama di sini, dipercayai membuktikan negeri ini pernah menjadi laluan perdagangan utama pada masa dahulu.

Kurator Unit Arkeologi Perbadanan Muzium Negeri Pahang, Noridayu Bakry berkata, berdasarkan data awal, batu nis4n itu dipercayai berkaitan Dinasti Qing, sekitar abad ke-17 hingga abad ke-20 dan penemuan jir4t tersebut dipercayai yang pertama di negeri ini.

“Kami percaya ia batu nis4n daripada Dinasti Qing kerana bahan yang digunakan ialah batu granit dan bukan konkrit selain penggunaan teknologi lama menyebabkan saiz batu nis4n itu berbeza-beza iaitu antara 122 sentimeter (cm) hingga 75.5cm panjang manakala lebar antara 47.4cm hingga 33.5cm.

“Penemuan ini boleh mengukuhkan lagi pendapat Pahang pernah menjadi lokasi tumpuan pedagang dari China, berdasarkan penemuan seramik di Pulau Tioman, Rompin dan juga penemuan artifak lama di Kuala Pahang yang dipercayai dari Dinasti Song, Tang dan Min sebelum ini,” katanya kepada Bernama semasa ditemui di rumah kediaman bekas menteri besar itu di sini, hari ini.

Untuk rekod, Muhammad ialah Menteri Besar Pahang kesembilan, yang menjawat jawatan itu selama sepenggal mulai 1 September 1974.

Noridayu berkata, kajian lanjut berkaitan penemuan itu akan dilakukan Muzium Pahang dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara dan bantuan pakar Pusat Penyelidikan Arkeologi Global Universiti Sains Malaysia (USM) bagi mengesahkan kesahihan artifak sejarah tersebut.

Buat masa ini, kawasan penemuan batu nis4n kuno itu diletakkan di bawah pengawasan Pejabat Daerah dan Tanah Pekan sehingga kajian selesai.

Sementara itu, penghuni rumah Norhazlinda Abdul Rahman, 47, berkata, kewujudan ‘jirat kecil’ itu hanya disedari pada minggu lalu, selepas suaminya Razali Embong, 55, meminta bantuan rakannya untuk memotong rumput pada minggu lalu dan menemukan ketulan batu.

“Rakan yang memotong rumput itu berhenti untuk memeriksa batu tersebut dan terkejut apabila melihat ada tulisan Cina di atasnya. Kami terus memeriksa kawasan itu dengan lebih teliti dan terkejut kerana mendapati jumlahnya agak banyak.

“Anak perempuan saya pernah belajar di Beijing, China namun dia juga tidak tahu membaca tulisan di atas batu nisan itu dan merasakan ia adalah tulisan lama menyebabkan kami bertanya dengan rakan-rakan lain menerusi WhatsApp,” katanya.

Norhazlinda yang juga seorang guru berkata, beliau tidak menyangka gambar tersebut tular sehingga mendapat perhatian Perbadanan Muzium Negeri Pahang yang menghantar wakil ke rumah mereka untuk melihat sendiri batu nis4n tersebut.

Beliau berkata, rumah itu merupakan pusaka keluarga dan pernah mendengar kisah kewujudan jir4t cina di rumah itu sejak kecil, namun tidak mengambil serius selain mengetahui terdapat tokong berdekatan rumahnya, namun telah dirob0hkan. – Bernama

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar