UAE Rombak Sistem Perundangan, Kini Boleh Minum Ar4k Dan Tinggal Bersama Walaupun Belum Berk4hwin

Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang terkenal dengan undang-undang Islam yang ketat kini membenarkan pengambilan ar4k, manakala pasangan yang belum berkahwin dibenarkan untuk tinggal bersama.

Dalam satu rombakan besar sistem perundangan UAE ini, akhbar The National menyatakan bahawa ia adalah sebahagian daripada usaha untuk menarik pelancong dan ahli perniagaan bertandang ke negara terbabit.

Daily Mirror pula melaporkan bahawa langkah ini diambil setelah UAE menjalinkan hubungan dengan Isr4el. Ia dilihat sebagai langkah untuk membawa masuk pelancong dan pelaburan dari Isr4el.

Undang-undang tersebut akan “meningkatkan keduduk4n ekonomi dan sosial negara dan menggabungkan prinsip toleransi UAE”, lapor agensi berita WAM.

The Sun melaporkan ratusan orang yang tinggal di sana telah menjadi sasaran kerana mel4ngg4r undang-undang dengan mengambil alk0h0l dan dad4h, atau bercvmbu di depan khalayak ramai.

Kini, dalam satu langkah yang dianggap bersejarah oleh media antarabangsa, pengambilan alk0h0l bukan lagi merupakan kesalahan jen4yah di UAE.

Ini bermaksud sesiapa yang minum atau memiliki alk0h0l atau menjual minuman beralk0h0l di kawasan yang dibenarkan tanpa lesen alk0h0l tidak akan menghadapi pend4kwaan.

Sebelum ini, pengambilan alk0h0l hanya dibenarkan untuk orang asing yang mempunyai lesen khas, tetapi melalui undang-undang baru ini, ia bermaksud warganegara UAE juga boleh membeli dan meminum alk0h0l.

Ia masih boleh diminum secara persendirian atau di tempat awam, dan mereka yang mengambilnya mestilah berumur 21 tahun ke atas.

Dalam perubahan lain, sebelum ini warganegara atau orang asing yang belum berkahwin didapati bersalah jika tinggal bersama. Tetapi kini, penduduk tempatan dan warga asing yang belum berkahwin dibenarkan tinggal bersama.

Selain itu, bagi bunvh diri atau percubaan bunvh diri tidak akan dianggap sebagai satu jen4yah. Manakala undang-undang pencer4ian dan warisan telah dirombak sepenuhnya.

“Saya senang dengan undang-undang baru ini yang progresif dan proaktif,” kata pembuat filem Emirati, Abdallah Al Kaabi kepada Associated Press. “2020 telah menjadi tahun yang sukar dan transform4tif untuk UAE.”

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : www.thevocket.com