Kapal Dayang Topaz Kar4m Di Miri, Lebih Seratus Kru Terjvn Ke Laut Sebelum Diselamatkan APMM

ser4mai 124 kru kapal Dayang Topaz dilaporkan telah terjun ke laut pada awal pagi ini selepas kapal terbabit mulai kar4m di posisi 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, Miri.

Dalam kejadian mencem4skan itu, seorang daripada mereka dilaporkan men1ngg4l dunia manakala 124 lagi kru berjaya diselamatkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Menurut APMM, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi tadi selepas Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC Putrajaya) menerima aduan dari kapal Sapura Construction yang telah menerima isyarat kecem4san dari kapal Dayang Topaz.

Pengesanan oleh kapal Sapura Construction kemudiannya menurut mereka mendapati kapal terbabit mulai kar4m dengan 62 kru masih berada di atas kapal, manakala 125 kru lagi telah terjun ke laut.

Susulan daripada kejadian itu, APMM menjelaskan telah menggerakkan aset-aset bantuan yang merangkumi tiga kapal dan sebuah bot Maritim Malaysia di Miri bersama tujuh kapal dan bot milik syarikat Petronas dan Shell ke lokasi kejadian.

Dalam Operasi Carilamat kru Kapal Dayang Topaz yang berlangsung pagi tadi pihak mereka jelasnya telah menemui 121 kru pada jam 8.45 pagi sebelum menemui empat lagi kru ditemui pada jam 9.29 pagi ini.

“Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengesahkan bahawa pada jam 9.29 pagi, empat kru yang hilang telah ditemui pada berhampiran lokasi kejadian dan mereka telah di bawa ke kapal-kapal yang terlibat di dalam operasi carilamat ini.

“Oleh itu, kesemua m4ngs4 yang terjun ke laut sejumlah 124 orang telah berjaya diselamatkan manakala seorang men1ngg4l dunia, 62 kru masih berada di atas kapal Dayang Topaz.

“Berdasarkan maklumat awal, kejadian disy4ki berpunca daripada salah satu kabel sauh Kapal Dayang Topaz terputus ekoran daripada cuaca burvk dan kapal tidak dapat dikawal lantas hanyut mel4nggar platform pelantar Minyak beramB,” jelas Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Dato’ Mohd Zubil Mat Som.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://www.thevocket.com/