Baru je kecoh pasal darurat, sekali Muhyddin terpaksa pergi ke Pahang

PUTRAJAYA – Tatkala desas-desus pelaksanaan darurat akan dilaksanakan kerajaan, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sumber mengesahkan kepada Sinar Harian sesi menghadap itu diadakan di Istana di Pahang.

“Iya. Perdana Menteri datang ke Pahang” katanya.

Al-Sultan Abdullah kini berada di Kuantan, Pahang dan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Imam Ash-Shafie KotaSAS.

Terdahulu, spekulasi mengenai untuk pengisytiharan darurat bagi menangani pandemik Covi2d-19 kian memuncak selepas Mesyuarat Khas Kabinet diadakan hari ini.

Ia difahamkan antara inti pati yang dibincangkan dalam mesyuarat khas kabinet pagi tadi.

Meskipun menteri yang ditemui selepas mesyuarat tersebut enggan membuka mulut, portal berita melaporkan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Muhyiddin Yassin itu bersetuju membuat proklamasi atau pengisytiharan darurat untuk menangani w4b4k pandemik c0v1d-19.

Pada 18 Oktober lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan j4ngk1tan baharu Covi1d-19 akan mencecah 1,300 menjelang hujung bulan ini.

Unjuran terdahulu ia berdasarkan nilai R0 atau kebolehj4ngk1tan semasa yang berada pada kadar 1.5, susulan peningkatan kes baharu wab4k terbabit ketika ini.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : SinarHarian via SlamberMedia