PELAKON popular, Rozita Che Wan bersyukur apabila pasangan suami isteri yang didakwa memperd4ya orang ramai dengan menawarkan pakej penginapan hotel mewah dengan harga promosi berjaya ditahan beru-baru ini.
Rozita atau mesra disapa Che Ta berkata, penahanan pasangan itu dianggap habu4n atas perbuatan yang dibuat.
“Ini pengalaman pertama saya kena t1pu sebegini. Apa boleh dikatakan, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah jua. Ramai m4ngs4 penipuan dia yang lega apabila dia ditangkap.
“Walaupun saya berasa ralat sebab duit tak dapat balik, tapi sekurang-kurangnya dia terima habuan atas perbuatan jijik mereka,” katanya.
Pun begitu, Che Ta berkata dia tetap meneruskan percutian seperti yang sudah dirancang bersama keluarga dan beberapa rakan lain.
“Percutian itu pada 26 September lalu. Disebabkan sudah rancang awal, jadi saya, suami dan rakan lain pergi juga. Cuma, kami tempah hotel lain,” katanya.
Terdahulu, Harian Metro hari melaporkan suspek terbabit didakwa mengambil kesempatan menawarkan promosi pakej penginapan bilik hotel mewah kononnya bagi menghargai petugas barisan hadapan c0v1d-19.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Metro