L4nggar Larii WANlTA Sehingga Meniinggal, Pemuda Tampil Minta Maaf Kpd Suaminya

Kehilangan orang tersayang sememangnya sangat menyedihkan.

Lebih-lebih lagi mereka pergi dalam keadaan mengejut.

Ini kerana terlibat dengan kem4lang4n yang tidak disangka-sangka.

Tampil akui silap

Dalam perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Siti Nabyelah Ithinin, dia telah menceritakan perihal seorang pemuda.

Dia berani tampil bertemu sendiri pakcik saudaranya selepas merasa bersalah menjadi punca kem4tian isteri lelaki itu.

Sumber: Siti Nabyelah Ithinin

“Ini ka yang melanggar tu?”

“Iya pakcik. Dia la yang terlanggar macik”

“Bukan juga sengaja bah tu…”

Seketika ibu saya mencelah.

Dengan tenang pakcik berkata

“Ooh.. Iyalah. Apa boleh buat. Dia ada di sana. Kau pun ada di sana”

seb4k rasa hati, betapa tabahnya hati pakcik menerima takdir. seb4k juga rasa hati, terlihat jelas betapa takut, menyesal, dan sed1hnya anak muda ini.

Bila di minta untuk cerita semula apa yang terjadi. Ambil masa yang lama untuk menenangkan diri. Dengan suara terketar-ketar di ceritakan semula apa yang terjadi.

Allahu.. X terbayang perasaan anak muda ini pada waktu dan ketika itu. Hingga ke hari ini masih trauma dirasa.

Kesimpulan ceritanya, bukan niatnya untuk lari selepas terlanggar. Cuma terlalu panik dan terlalu takut hingga otak tidak lagi dapat berfikiran waras.

Tertulis sudah Takdir didalam Qada’ Qadar Nya sejak Azali. Tiada dendam, tiada amarah.

Namanya juga manusia, tidak terlepas dari silap dan salah. Apa yang pasti setiap ketentuan Allah itu pasti ada hikmahnya.

Sabar dan Redha, itulah yang terbaik buat kita sebagai hamba di dunia.

“Pakcik.. saya minta maaf pakcik… “

Sayu sekali suaranya, air mata mengalir laju.

“Tidak apa, nak. Janganlah fikir-fikir lagi. Tidak apa..”

Di usap-usap lembut kepala anak muda itu.

Lalu kedua mereka pun menangis deras. Kami yang di sekeliling juga turut menangis simpati. Simpati dengan nasib yang menimpa kedua mereka. Allahu..

Segera ku capai handphone untuk merakam detik memilvk4n ini.

Semoga Allah permudahkan segala urusan mereka berdua di Dunia dan Akhirat.

Apa pun keputusan dari pihak p0lis, semoga tidaklah terlalu berat buat seorang abang yang berkerja keras menanggung adik-adiknya yang masih bersekolah (ibu ayah tidak ada sejak mereka kecil lagi).

Seorang abang yang menggalas sepenuhnya tanggungjawab seorang ibu dan ayah.

Dialah ibu, dialah ayah, dialah abang. Allahu Allah.. remuk hati ini seremuk-remuknya. 

Mohon sedekahkan Al Fatihah buat arw4h, ROSNAH BINTI HAWA. Moga-moga tenang di alam sana

Redha dan maafkan

Pemuda itu memohon maaf atas kem4tian isteri pakcik tersebut sambil mengalirkan air mata di atas apa yang berlaku.

Namun begitu, lelaki tua itu telah menenangkan keadaan dengan mengusap lembut kepala anak muda tersebut.

Masing-masing yang ada dalam situasi tersebut telah mengalirkan air mata apabila kedua-duanya menangis.

Allahu sed1h baca kejadian ni

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian warganet dimana rata-rata men1ngg4lkan komen di posting Siti Nabyelah.

Mereka turut mengakui seb4k melihat situasi tersebut dan menyatakan rasa simpati terhadap apa yang menimpa keluarga pakcik saudaranya itu.

Semoga pakcik tabah

Mulianya hati pakcik

Terdahulu, pengguna Facebook tersebut telah memaklumkan bahawa ibu saudaranya dilaporkan men1ngg4l dunia.

Ini berikutan mengalami kem4lang4n selepas dilanggar lari oleh seorang pemuda.

Oleh sebab rasa bersalah, pemuda tersebut tampil memberanikan diri bertemu pakcik saudaranya bagi memohon maaf di atas apa yang terjadi.

Di sini Siti Nabyelah juga memohon agar semua  yang membaca dapatlah kiranya sedekahkan Al Fatihah buat arw4h makcik hamba, ROSNAH BINTI HAWA. Moga-moga tenang r0hnya di alam sana. 🤲

Al-fatihah

Sumber: Siti Nabyelah Ithinin

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : budaksitu via TTK