“Saya akui, penonton tak perasan kehadiran saya dalam lakonan sebelum ini,” – Nynaa Harizal Mula Bersuara Masih Belum Rezeki Untuk Popular

KUALA LUMPUR: Lebih empat tahun berjuang sebagai anak seni, nama Nynaa Harizal, 24, masih jauh ketinggalan. Deretan drama dibintangi, selain usaha keras menempatkan diri sebagai pelakon dikenali, namun nasib belum menyebelahinya.

Namun, kehadirannya hanya disedari sejak mendapat tempat ketiga menerusi pertandingan Dewi Remaja pada 2019.

Pemilik nama sebenar, Nurul Hanynaa Harizal sudah menceburkan diri dalam bidang lakonan sebelum menyertai pertandingan Dewi Remaja, tahun lalu.

“Saya sudah berkecimpung dalam bidang lakonan sejak empat tahun lalu. Namun, menyertai pertandingan Dewi Remaja selepas tamat pengajian.

“Awalnya, saya sekadar ingin mencuba nasib, namun tidak menyangka dipilih mendapat tempat ketiga dalam pertandingan berkenaan. Saya bersyukur dengan adanya platform Dewi Remaja nama lebih dikenali.

“Saya akui, penonton tak perasan kehadiran saya dalam lakonan sebelum ini,” katanya kepada BH Online.

Nynaa berkata, dia mula menerima limpahan tawaran lakonan dan tidak pernah putus hingga hari ini.

“Jika sebelum ini, tiada siapa yang menghiraukan kelibat saya, tetapi sekarang, penonton mula memberikan komen. Tak kisahlah komen positif mahupun negatif, kehadiran saya kini disedari.

“Saya tidak kisah dikritik kerana maklum balas penonton sangat membantu untuk memperbaiki mutu lakonan. Saya berterima kasih atas komen positif atau negatif. Saya menjadikannya sebagai penghargaan dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan dalam bidang lakonan.

“Jika ada komen positif, saya tidak cepat berpuas hati, ia sekadar motivasi. Komen negatif pula dijadikan pembakar semangat untuk buat yang lebih baik,” katanya.

Ingin terus untuk mengembangkan bakat dalam bidang lakonan, Nynaa berkata, dia menghadapi kesukaran apabila perlu membahagikan masa lakonan dan pengajian.

“Saya berlakon secara sambilan kerana masih terikat dengan kuliah di Universiti UOW KDU dalam jurusan sarjana muda perakaunan dan kewangan. Jadi, saya tidak mempunyai kelapangan untuk berlakon sepenuh masa.

“Disebabkan itu, saya perlu membahagikan masa antara pengajian dan lakonan. Ia pengalaman yang mencabar kerana dua bidang berbeza.

“Tetapi, ibu banyak membantu dari segi kerjaya dan pengurusan jadual. Untuk menjadi pelakon bukannya mudah, saya masih perlu banyak belajar dan sentiasa mempraktikkan. Sama juga pengajian dalam bidang perakaunan,” katanya.

Disebabkan meminati dua bidang berkenaan, Nynaa berkata, dia sanggup berkorban untuk melakukan dua kerja dalam satu masa. Dalam masa sama, pengalaman membantunya untuk menjadi lebih cekap dan berdikari.

Berkongsi perkembangan terkini, Nynaa berkata, dia baru selesai dengan penggambaran filem, Sumpahan Syaitan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#SumpahanSyaitan

A post shared by Nynaa Harizal (@nynaaharizal_) on

Katanya, dia diberi kepercayaan menghidupkan watak utama di sisi pelakon berpengalaman, Datuk Farid Kamil dalam filem itu.

“Saya tak sangka diberikan kepercayaan watak utama. Saya bersyukur dapat menimba pengalaman berlakon filem ser4m komedi bersama barisan pelakon seperti Datuk AC Mizal, Azlee Senario, Saiful Apek dan ramai lagi,” katanya yang menjalani penggambaran selama sebulan di Johor Bahru.

Selain itu, Nynaa berkata, dia juga ingin mencuba nasib dalam bidang nyanyian dan tidak menolak mengasah bakatnya.

“Sekiranya diberi peluang, saya mahu cuba menceburkan diri dalam bidang nyanyian. Saya mahu belajar, jadi apa salahnya saya berusaha?

“Siapa tahu mungkin ada rezeki saya dalam bidang nyanyian,” katanya yang pernah membintangi drama Kekasih Paksa Rela, Chandelier dan Dia Pengantinku.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH