Nikah ‘olok-olok’

KUALA LUMPUR: Pelakon, Adam Shahz, 39, tidak menyangka foto memakai baju nikah yang dimuat naik dalam laman sosial menerima ratusan ucapan tahniah pengikut dan rakan artis.

Sedangkan, foto bersama pelakon, Nazeera Sardi diambil ketika menjalani penggambaran telefilem yang belum mempunyai judul itu untuk siaran RTM. Pada keterangan foto juga diselitkan tanda pagar ‘shooting’.

Bagaimanapun, ramai membuat spekulasi aktor yang pernah diangkat sebagai Pelakon Harapan Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-28 menerusi filem Juvana 2 itu menamatkan zaman duda secara senyap, Ahad lalu.

“Saya terkejut apabila ucapan tahniah pengikut dan rakan artis. Dalam tempoh sejam, foto yang dimuat naik berjaya meraih 5,000 tanda suka.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah 🥰🥰🥰 Terima kasih @jakeltextile menaja busana untuk majlis pernikahan kami. #shooting

A post shared by Adam Shahz (@adamshahz) on

“Saya tak berniat membuat gimik murahan, sebaliknya memuat naik foto berkenaan memandangkan hari terakhir penggambaran.

“Saya tak faham kenapa begitu ramai menyangka saya berkahwin, sedangkan dalam foto ada menulis perkataan ‘shooting’. Bukan sahaja saya menerima ucapan tahniah, malah Nazeera juga menerima tempias apabila ramai yang mendoakannya. Tak sangka foto ini boleh menimbulkan spekulasi,” katanya kepada BH Online.

Adam atau nama sebenarnya, Nor Shah Azli Abdol Ghani sudah lebih empat tahun hidup menduda selepas perkahwinan dengan pelakon, Fatin Afeefa terkandas di tengah jalan.

Katanya, setakat ini, dia masih belum menemui suri hati lagi.

“Bohonglah jika saya tak mengaku berkawan dengan sesiapa, tetapi hingga kini, belum menemui wanita memiliki ciri-ciri untuk dijadikan calon isteri.

“Saya bukan cerewet dalam mencari pasangan hidup. Saya hanya inginkan wanita memahami kerjaya sebagai pelakon, menerima keluarga dan paling penting, dapat melayan anak, Ivy Herra Sophia dengan baik.

“Jujurnya, saya tak pernah serik mahu berumah tangga, lebih lagi apabila melihatkan teman bahagia bersama pasangan dan cahaya mata. Jadi, tentulah keinginan mahu kembali berumah tangga ada, tetapi setakat ini, saya belum menemui wanita yang sesuai,” katanya.

Aktor yang diperkenalkan menerusi drama Keliwon pada 2009 itu berkata, dia ada juga memandang dan cuba mengenali wanita lain sepanjang membujang, tetapi belum ada yang berkenaan di hati.

“Saya jenis tidak suka membu4ng masa. Saya tak akan tunggu lama apabila merasakan hubungan dengan seseorang tidak bersesuaian. Saya tak mahu memainkan hati dan perasaan orang.

“Saya mempunyai pengalaman berumah tangga, jadi sedikit sebanyak sudah belajar. Bukan serik, cuma lebih hati-hati. Apa yang penting, saya mahu wanita itu menerima saya, anak dan keluarga seadanya,” kata Adam.

Mengulas kerjaya lakonan, pelakon kelahiran Melaka itu berkata, dia bersyukur rezeki melimpah ruah selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, dia menerima banyak tawaran serentak, tetapi mujur, jadual lakonan tidak bertindih.

“Saya percaya inilah berkat bertugas secara sukarela bersama Angkatan Pertahanan Awam (APM) sepanjang tempoh PKP. Saya tak sangka rezeki seperti air, sedangkan tawaran lakonan agak perlahan sebelum ini.

“Saya juga dipanggil kembali bertugas dalam pasukan barisan hadapan, tetapi terpaksa menolaknya. Bukan tidak mahu meneruskan khidmat bersama APM, tetapi saya tiada masalah mencurahkan bakti sekiranya ada kelapangan.

“Sekarang, saya juga perlu memikirkan kelangsungan hidup, apatah lagi mempunyai seorang cahaya mata yang perlu diberikan perhatian. Jadi, saya terpaksa mendahulvk4n kerjaya, buat masa ini,” katanya yang kini menceburi beberapa bidang perniagaan untuk persediaan masa depan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH