D4kwa Veveonah men1pu: Zahidi ded4h dapat maklumat daripada ahli Parlimen Kudat

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin menjelaskan beliau menerima maklumat berkaitan Veveonah Mosibin yang terpaksa mema4njat pokok untuk mendapatkan capaian Internet daripada ahli Parlimen Kudat, Datuk Abd Rahim Bakri.

Menurutnya, maklumat itu diterima selepas merujuk wakil rakyat di Kudat yang juga Timbalan Menteri Kewangan 1, yang memaklumkan bahawa Veveonah merupakan seorang Youtuber selain pada hari tersebut tidak ada peperiksaan.

Beliau turut memberitahu, wakil rakyat terbabit mendapat tahu perkara itu daripada pensyarah di institusi pengajian tinggi pelajar itu.

“Jadi dalam isu ‘Tidak Pasti Jangan Kongsi’ ini maka maklumat mana yang kita nak rujuk,” katanya pada sidang akhbar di Dewan Negara hari ini.

Mengulas lanjut, Zahidi berkata, sudah menjadi amalan di Parlimen bahawa setiap maklumat akan dirujuk kepada wakil rakyat, maka perkara yang diperoleh itu akan dijawab oleh menteri dan timbalan menteri.

Zahidi yang juga Ahli Parlimen Padang Besar berkata, dalam isu tersebut, beliau tidak melihat perlunya Abd Rahim yang kini bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk men1pu atau memberikan maklumat tidak benar.

“Maka kita percaya pada maklumat tersebut. Bagaimanapun saya akan ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan bertemu dengan pensyarah, kakitangan dan juga Veveonah untuk mendapatkan maklumat sebenar.

“Jadi dalam isu ‘Tidak Pasti Jangan Kongsi’ ini kita kena semak dua tiga kali lagi. Kalau didapati maklumat itu ada salah faham, maka kita minta maaf dan pensyarah tersebut juga tidak sepatutnya memberikan maklumat salah,” katanya.

Khamis lalu, Zahidi memohon maaf dan mendakwa mendapat maklumat tidak tepat ketika menjawab soalan tambahan di Dewan Negara mengenai pelajar Veveonah Mosibin yang terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian Internet.

 

Sumber : Awani

Be the first to comment on "D4kwa Veveonah men1pu: Zahidi ded4h dapat maklumat daripada ahli Parlimen Kudat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*