‘Aku budak pasar… aku mencari rezeki halal buat diri dan keluarga’ – Amat

NAMAKU Amat. Aku berusia 10 tahun. Tidak bersekolah tapi aku belajar melalui  pengalaman.

Seawal usiaku, aku sudah memerah keringat mencari rezeki yang halal buat diri  dan keluargaku.

Di hari minggu ini, sewaktu kanak-kanak lain yang seusia denganku berlibur  dengan keluarga masing-masing, aku pula ke sana ke mari menawarkan perkhidmatan  mengangkat barang di Pasar Lahad Datu.

Dengan beban yang dibawa aku tidak pernah mengeluh. Aku cuma berpeluh. Aku tidak menetapkan kadar bayaran, terserah pada ihsan pelanggan, mereka yang  menentukan.

Aku hanya memudahkan urusan mereka dan berharap Allah memudahkan urusanku pula.

Aku reda dan pasrah, yang penting aku tidak melakukan kerja salah. Perjalanan hidup ku tampak kabur dan kelam.

Namun selagi aku mampu dan terdaya, aku tidak akan berhenti berusaha dan  memasang impian.

Rezeki itu milik Tuhan dan DIA tidak pernah mengabaikan mereka yang tekun,  gigih dan sabar.

Inilah secebis kisah Aku Budak Pasar.

Semoga kita sama-sama mendapat hikmah, pengajaran dan iktibar. InshaAllah…

Begitulah perkongsian Edlee Abd Rahman kepada SinarPlus berkenaan budak baru  berumur 10 tahun namun sudah bekerja di pasar.

Sesiapa berkunjung ke Pasar Lahad Datu bolehlah mendapatkan khidmatnya atau  memberikan sebarang bentuk bantuan untuk anak ini.

Bekerja di awal usia untuk mencari rezeki halal.

Perkongsian pada facebook milik peribadinya mendapat 300 perkongsian, 600 like  dan 100 komen.

Melalui posting tersebut, rata-rata warganet mendoakan yang terbaik buat Amat.

Liza Leeyza – Bdk psr pandai cari duit….ada yg teda surat…tpi masih pandai….akal berniaga….jual kompek…angkat ikan….angkat air…angkat  ais…belikn nasi….angkat brg org….rezeki allah luas….rezeki aku ade kat  pasar..cuma allah tu nk bagi aku pengalaman jak jdi penjual ikan…..seronok kwn dgn dorg ni….tebukak bijik mate kau….blh bezakan yg malas dgn yg  rajin….syabas bdk pasar…terbaiklah korg

Faizah Mustaffa – x pa adk diatas pngorbanan adk trhdp kluarga sy doakan smg  suatu ms allah akan bg adik hidup senng sbb berkat diatas kebaikan adk trhdp  keluarga amin

Sham Azam – Semoga adik sentiasa di murahkan rezeki yg melimpa2 dan berjaya dalam hidup aminn

Nur Haya – Semoga suatu hari kau akan berjaya. Amin

Muhamad Nurawi – Semoga dia diberi kemurahan rezeki yg berpanjangan dan berterusan dari Allah..

Karpayzal Payzal – Semoga kau berjaya kelak.pengalaman adalah sebuah pelajaran yang cukup untuk jiwa kental.

Jagindas Bale Magello – Hidup dgn pengalaman,akan menjadikan seseorang itu lebih tahan lasak berbanding hidup tanpa pengalaman

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar

 

Be the first to comment on "‘Aku budak pasar… aku mencari rezeki halal buat diri dan keluarga’ – Amat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*