Kebanyakan Polis, Tentera Tak Jaga Solat? Giliran Asri Janggut DIkec4m Hebat

Kebanyakan p0lis Tidak Berakhlak – Asri Janggut

Pengasas rangkaian Hot Burger, Mohd Asri Hamid mengkritik sebahagian anggota p0lis yang disifatkannya sebagai tidak menjaga akhlak dengan baik.

Dalam satu video yang tersebar di laman-laman media sosial hari ini, beliau yang juga dikenali sebagai Asri Janggut berkata, kebanyakan daripada pegawai p0lis hari ini tidak menjaga solat dan menghisap rokok.

“Kebanyakan yang masuk jadi p0lis, jadi tentera ini tidak jaga solat. Terlalu mudah, cair, cepat. Hisap rokok, tak jaga sembahyang.

“Cuba tanya anggota p0lis, subuh sembahyang tak? Bila terakhir sembahyang subuh bawa isteri(berjemaah) subuh?

“Pernah tak tanya anak apa itu (khalimah) syahadah, benda(perkara merupakan) kunci (agama),” katanya ketika menghadiri satu forum anjuran Persatuan Pengguna Islam (PPIM).

“Jangan la mcm tu pulak saudara….adakah kamu nampak anggota PDRM@ATM tak solat???? Bila bersuara renung2 kan lah….yg baik kita jd kan ikut yg tidak baik kita canggah….kadang2 kerana mulut badan binasa…kamu mgkn berjaya ketika viralkan tentang jvdi dan sbg nya disungai buloh….jgn kerana itu kamu dah bongkak….anggota PDRM@ ATM ramai berkecil hati, adakah anda sanggup berjumpa setiap anggota selur0h malaysia utk meminta maaf….fikir2 kan lah sblm lidah berkata2:-tulis seorang netizan

Susulan dari itu, ramai netizan tidak bersetuju dengan pandangan Asri sehingga beliau tampil memohon maaf

“Bismillah.. assalammualaikum semua,berkenaan tentang solat,saya akui kelemahan,keterlanjuran,kejahilan saya saya merasa amat- amat menyesal,malu,bersalah atas perkara tersebut,saya ingin memohon jutaan maaf atas kejahilan saya”-Asri Janggut

Berikut reaksi dari netizan

“Apabila ilmu pendidikan dh tinggi, jgn sampai menguasai kewarasan otak utk berfikir negatif kpd org lain..Selama ni kita berjaya atas sokongan dorongan mereka ( pelanggan). sehari je buat statement panas, dan sehari tu jgk hidup kita hancur disbbkn mereka..

“Huh sgt mengguris hati kata2 tu.. xboleh pukul rata tuan Asri.. sy bukan anggota pun trut rase itu keterlaluan.. moga Allah mengampunkan, dan merahm4ti anggota keselamatan kita…ape2 pun kite phm niat baik tuan.. cuma cara penyampaian kurg sesuai pd sy.

“Abg Asri dah buat apa yang Rasulullah suruh… Mencegah kemungkaran d depan mata sendiri. Kalau xda iman dlm hati x mampu abg Asri nak buat. Berkenaan solattu, sudah menjadi tanggungjawab setiap muslim untuk mengajak saudaranya kepada kebaikan, ingat Allah berfirman dlam surah al-Ankabut ayat 45 ‘Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan mungkar.’.So apa yg abg asri ckptu trima sebagai teguran bukannya sebagai kesalahan. Moga Allah mengampuni dosa abg Asri dn dosa kita semua.

“bismillah..maafkan saya tuan..sy akui kesilapan ini.. maafkan saya”-Asri

Dalam pada itu bekas wartawan Utusan Malaysia Syahril A. Kadir juga mempunyai pandangan yang sama

“TOKSAHLA dok pertikai ibadah orang. Cakap yang perlu sudahlah. Aku mulalah menyampah bila masuk benda over-over sangat nih”

“Pengajaran. Nak mengecam berpada-pada, nak memuji tak perlu over. Kan dah mendapat”

Jangan kec4m penguat kuasa kena tahan, kata Asri

SHAH ALAM – Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid meminta warganet supaya tidak mengecam dan memaki-hamun tiga penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang ditahan serta akan dihadapkan ke mahkamah bagi permohonan reman di bawah Sekyen 11 Kanun Acara jen4yah kerana mereka juga mempunyai keluarga.

Beliau berkata, ALLAH SWT sedang mengangkat darjat mereka dengan ujian ini dan Insya-ALLAH mereka akan menjadi manusia yang lebih baik selepas ini.

“Kita mungkin tidak diuji sebegitu, jadi jangan memaki mereka berlebihan. Saya minta warganet jangan kec4m mereka.

“Saya lihat ramai yang kec4m p0lis dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Jangan, mereka juga ada maruah. Tidak semua penguat kuasa bertindak begitu. Saya harap selepas daripada ini semua pihak turunkan ego masing-masing,” katanya pada Wacana Sinar Harian Siri Ke- 186 bertajuk Isu Jvdi: Fitn4h atau Realiti? di Studio F Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini hari ini.

Tiga anggota penguat kuasa MBSA, Cawangan Sungai Buloh ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disy4ki melindungi premis perniagaan tanpa lesen.

Penguat kuasa berusia antara 41 hingga 49 tahun itu turut disy4ki mengutip dan menerima rasuah secara bulanan.

Suspek ditahan dalam satu operasi khas SPRM ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Mengulas lanjut, Asri berkata, sudah sekian lama isu mesin jvdi har4m berlaku di negara ini tetapi tidak ada satu formula bagi memastikan aktiviti tersebut hilang di negara ini.

“Berapa banyak wacana tentang perkara ini dibuat tetapi ia tidak selesai juga. Sebenarnya ia memerlvk4n formula yang memastikan ia tidak boleh bertapak di Malaysia.

“Bagi tauke mesin jvdi ini, dia memikirkan soal perniagaan dan untung. Mereka tidak kira soal halal dan h4r4m tetapi kita orang Islam ini ada batasnya, ada perkara halal dan h4r4m,” katanya.

Jelasnya, anggota dan pegawai penguat kuasa perlu memahami agama dan itu merupakan formula bagi menyelesaikan masalah yang timbul.

“Kita mahu orang yang menjaga negara ini faham tentang agama. Sebaiknya angkat pelajar daripada mahad tahfiz untuk menjadi pegawai p0lis, imigresen, PBT dan sebagainya. Mereka ini faham tentang agama.

“Satu perkara yang saya ingin tekankan ialah PBT bila jumpa dengan peniaga, jangan berlagak samseng, tidak salah jika kita bercakap lembut. Siapa lagi kita mahu bercerita masalah kalau bukan penguat kuasa,” katanya.

Terdahulu, Asri pada Sabtu baru ini memuatnaik tiga siaran langsung di Facebook mengenai kewujudan beberapa premis jvdi di sekitar Jalan Besar, Bandar Baru Sungai Buloh.

Melalui siaran tersebut, dia turut mendakwa wujud beberapa premis jvdi serta gerai peniaga warga Indonesia keturunan Aceh yang menjual rokok seludup di sekitar Jalan Besar Bandar Baru Sungai Buloh.

Rentetan itu Ketua p0lis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar mengadakan satu sidang akhbar tergempar, sambil manafikan dakwaan tersebut.

Shafa’aton turut berkata akan memanggil Mohd Asri bagi membantu siasatan kerana mendakwa pihak berkuasa tidak melakukan pemantauan terhadap kegiatan perjvdian dan penjualan rkok seluvdup di kawasan Sungai Buloh.

Pihak p0lis juga telah membuat satu laporan p0lis bagi menafikan kewujudan beberapa premis jvdi di sekitar Jalan Besar, Bandar Baru Sungai Buloh yang didedahkan Asri itu.

Sementara itu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, memaklumkan langkah itu adalah tindakan biasa bagi membolehkan p0lis menyiasat dakwaan yang dibuatnya.

Jelas beliau, dalam masa yang sama tindakan dan siasatan juga boleh diambil ke atas p0lis yang mungkin terbabit.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :http://trendingsangat.pw/ via AppleHijau

Be the first to comment on "Kebanyakan Polis, Tentera Tak Jaga Solat? Giliran Asri Janggut DIkec4m Hebat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*