Memey Suhaiza Nak Tambah Tiga Orang Anak Sebelum …

Pelakon Memey Suhaiza mended4hkan dia ingin menimang tiga orang cahaya mata lagi.

Menurut Memey, sasaran itu ingin dilakukannya sebelum umur memasuki 40 tahun.

“Tiga orang. Mummy target nak tambah lagi tiga sebelum umur 40.

“Kita merancang.. Semuanya dengan izin Allah kan,” tulisnya di Instagram (IG).

Dalam pada itu, isteri kepada aktor dan pengacara Norman Hakim ini mendoakan kepada pasangan yang sedang berusaha sama seperti dirinya agar dimakbulkan doa oleh Allah.

“Sesiapa yang tengah merancang dan berusaha juga , mummy doakan semoga sama-sama doa kita dimakbulkan,” tulisnya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

3 org.. mummy target nak tambah lg 3 sebelum umur 40😆 Kita merancang ..Semuanya dgn izin Allah kan🤗 Sesiapa yg tgh merancang & berusaha juga , mummy doakan semoga sama2 doa kita dimakbulkan…🥰

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on

Perkongsian itu turut menarik perhatian Norman untuk men1ngg4lkan komen di ruangan tersebut.

“Halamakkk dia dah bagi hint laaaa,” tulisnya.

Memey dan Norman berkahwin pada 24 September 2011. 

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata, Muhammad Darwisz Hakim, 7, Muhammad Dikhriz Hakim, 5 dan Mikayla Delisha Hakim, 2.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak