‘Siapa lagi saya mahu berharap, kalau bukan p0lis’ – Asri Janggut

KUALA LUMPUR – Selepas membuat pended4han rakaman video tentang kewujudan kegiatan jvdi dan penjualan r0kok seludup di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor, semalam, Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid atau Asri Janggut, mengharapkan Ketua p0lis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, membanteras kegi4tan berkenaan.

Dalam satu rakaman kenyataan balas yang dimuatnaik di Facebook petang tadi, Mohd Asri mend4kwa dia sudah membuat pelbagai lap0ran kepada pihak berkuasa mengenai kegiatan berkenaan.

“Bukan saya tidak pernah maklum kepada p0lis, saya pernah pergi terus kepada Unit Perjvd1an di Bukit Aman dan Jabatan Integriti Pematuhan Standard Bukit Aman, tapi tiada sebarang tindakan susulan.

“Malah, apabila saya melaporkan maklumat mengenai kegiatan perjvdian di kawasan itu, saya dapati identiti saya bocor kepada sindiket perjvdian,” katanya dalam satu temubual eksklusif bersama Malakat Tribune.

Mohd Asri berkata, selepas memaklumkan tentang kegiatan perjvdian, tiba-tiba salah seorang lelaki berbangsa Cina dipercayai ahli sindiket judi memanggil pekerjanya dan mempersoalkan tindakan dia sebagai majikan memaklumkan tentang aktiviti premis perjvdian.

“Tidak lama selepas kejadian itu, sindiket berkenaan kemudian membuka dua premis mesin jvdi di mana salah satunya terletak di sebelah kedai saya.

“Justeru, dengan siapa lagi saya nak mengadu, dengan siapa lagi saya nak berharap kalau bukan p0lis,” katanya.

Dia turut memuji tindakan Abdul Hamid, yang segera memberikan kenyataan pantas untuk menyi4sat segala dakw4annya.

Asri juga turut menjelaskan masalah yang timbul dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) kawasan itu, iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Bayangkan masa baru habis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mereka penguatkuasa MBSA datang kedai saya keluarkan saman dan sita barang saya tapi itu saya tak kisah, kerana adat dan lumrah mana-mana peniaga.

“Tetapi mereka sanggup biarkan peniaga warga asing yang menjual rok0k selvdup serta tidak mengambil tindakan terhadap kegiatan premis perjvdian. Adakah itu adil,” katanya.

Rakyat Malaysia turut terkesan dari segi ekonomi terutama semasa PKP.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : wowberita