Anak sulung selamat nikah, Fauzi Nawawi dan Lisdawati terima menantu

PELAKON Fauzi Nawawi, 47, selamat menerima menantu apabila anak sulungnya, Nurul Hainil Fatihah, 25, melangsungkan perkahwinan, pada Sabtu.

Isteri Fauzi yang juga pelakon Lisdawati berkongsi foto-foto menarik sekitar majlis berkenaan yang menurutnya berlangsung dalam suasana yang serba sederhana di sebuah hotel di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Malah Lisdawati berkata, majlis tersebut hanya diraikan bersama ahli keluarga dan kenalan terdekat sahaja.

“Meraikan cinta anak pertama kami yang serba sederhana. Akan kami update lagi gambar-gambar sekitar majlis perkahwian ini.

“Maaf atas segala kekurangan daripada kami sekeluarga. Maaf juga tidak dapat menjemput semua kenalan.

“Hanya meraikan bersama ahli keluarga dan kenalan terdekat,” kongsinya di laman Instagram hari ini.

Nurul Hainil Fatihah merupakan anak sulung Fauzi daripada perkahwinam terdahulu, selain Fareez Hazwan, Nurul Hana Farisya dan Mohd Fikri Hakimi.

Sementara menerusi perkongsian hidup bersama Lisdawati, Fauzi juga dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nur Aina Farhana, Nur Aina Fazneesya, Ahmad Nur Fyrdaus dan Ahmad Nur Fayyadh.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Meraikan cinta anak pertama kami yg serba sederhana. Akan kami update lagi gambar2 sekitar majlis perkahwian ini. Maaf atas segala kekurangan dr Kami sekeluarga. Maaf juga tidak dpt menjemput semua kenalan. Hanya meraikan bersama ahli keluarga dan kenalan terdekat. . . @weddinggaloresdnbhd @dgatewayperdanahotel

A post shared by Lisdawati (@lisdawati15) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Debaran pengantin baru… Semoga Allah swt memudahkan urusan kita semua

A post shared by Lisdawati (@lisdawati15) on

(SUMBER/FOTO: Instagram Lisdawati)

 Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar