‘Lain yang diadu, lain yang dijawab – Netizen tidak puas hati dengan kenyataan MBSA

Kenyataan media yang dikeluarkan MBSA berhubung video tular oleh peniaga burger semalam tidak dapat diterima oleh sebahagian besar netizen.

Menerusi laman Facebook MBSA, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan alasan yang diberikan pihak berkuasa tempatan itu.

“Tindakan peny1taan tersebut diambil berikutan peniaga berkenaan men1ngg4lkan peralatan perniagaan setelah selesai melakukan aktiviti perniagaan yang menyebabkan masalah lalulintas selain meng4nc4m keselamatan pengguna jalan raya,” jelas MBSA.

Bagaimanapun, MBSA tidak pula memberikan sebab mengapa premis jvdi har4m serta rok0k selvdup masih dibiarkan walaupun peniaga burger telah membuat aduan sebelum ini.

Seorang netizen yang dikenali sebagai Baharum Abdullah berkata, MBSA tidak menjawab persoalan yang diutarakan peniaga burger dan hanya mencari salah orang lain.

“Lain yang orang adu, lain yang kau jawab. Amende la. Amanah tu bila nak dijalankan. Ke simpan dalam poket je? Sama Melayu kac4u habis, warga asing bermaharajalela,” tulisnya.

Manakala Nor Faezal Jamalry menulis: “Kenyataan ni ada benarnya. Tapi lebih kepada menunjukkan kelemahan sendiri. Macam la kedai-kedai judi tu baru minggu lepas ada. Kedai-kedai Acheh tu bukan setakat tinggalkan gerai, siap lantai bersimen. Siap jadi stor kekal. Come on la MBSA benda dah tak dapat nak tutup. Akui je la memang banyak “bangkai bernyawa” di kalangan pegawai-pegawai anda”

Malah ada yang menggesa pihak SPRM menyi4sat anggota penguatkuasaan MBSA sekiranya terdapat sebarang unsur r4su4h.

Berikut antara komen-komen yang ditinggalkan netizen:

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : wowberita