“Saya sendiri pun dah tak selesa untuk berlakon karakter mengg0da…”- Tasha Shilla akan terus berlakon selagi tiada anak..

FASA kehidupan selepas berumah tangga selalunya menjadi saat manis buat setiap pasangan berkahwin.

Hakikat itu tidak dinafikan oleh pelakon, Tasha Shilla yang menamatkan zaman solonya pada penghujung Februari lalu.

Tasha berkongsi rasa bahagianya selepas menggalas tanggungjawab sebagai isteri kepada suami tercinta, Muhammad Atiq Idris.

“Kehidupan saya kini sebagai isteri penuh kebahagiaan. Apa yang boleh saya katakan, apabila melangkah ke fasa hidup baharu ini, kehidupan saya rasa seperti sudah lengkap,” katanya.

Berbicara kebahagiaannya itu, Tasha atau nama sebenar Nastashashila Abdul Razak tidak menafikan kedua-dua mereka masih menyusun langkah bagi meneroka alam rumah tangga.

“Mungkin berbeza daripada orang lain, kami bercinta selepas berkahwin dan sekarang banyak yang perlu kami susun dan atur supaya semuanya berjalan lancar,” katanya.

Antara perkara yang membuatkan Tasha rasa sangat bahagia di samping suaminya yang juga pekerja dalam bidang kewangan itu adalah apabila dihantar dan dijemput setiap kali berlakon di set penggambaran.

TAK selesa berlakon karakter menggoda. FOTO r0hanis Shukri
TAK selesa berlakon karakter menggoda. FOTO r0hanis Shukri
TASHA mahu terus aktif berlakon selagi belum dikurniakan cahaya mata. FOTO r0hanis Shukri
TASHA mahu terus aktif berlakon selagi belum dikurniakan cahaya mata. FOTO r0hanis Shukri

“Bila saya berlakon, suami akan hantar dan jemput saya di set. Kalau sebelum ini, ibu yang selalu menjadi peneman, tapi sekarang dia (ibu) dah dapat berehat dan meluangkan masa bersama cucu kerana tugasan itu diambil alih suami.

“Kadang-kadang, bila balik lewat malam pun saya dah tak risau sebab suami akan jemput di lokasi,” katanya.

Seperti pasangan lain, Tasha juga sering kali diajukan soalan berkaitan kehadiran cahaya mata.

“Buat masa sekarang, kami tak ada sebarang perancangan dan kami ikut sahaja aturan Allah kepada kami. Kalau ada rezeki, adalah,” katanya.

Bertemu Tasha dan suami di satu acara hiburan, nyata suaminya adalah sosok lelaki yang pandai membawa diri dan tidak kekok apabila bersua muka dengan rakan dalam industri.

“Satu perkara yang membuatkan saya selesa dan dia disenangi rakan adalah kerana sikapnya yang peramah dan pandai membawa diri. Jadi, kalau ke acara berkaitan industri, saya tak terlalu khuatir jika dia akan kebosanan,” katanya.

Terus berlakon selagi tiada anak

Bercerita mengenai dunia lakonan, Tasha masih bergerak aktif sebagai pelakon memandangkan itu minatnya.

“Sebelum berkahwin pun, saya dah berlakon dan suami tahu bagaimana ‘ghairah’ saya dengan dunia lakonan. Jadi, selagi mampu saya akan terus berlakon kecuali kalau sudah dikurniakan cahaya mata.

“Bagi saya lakonan itu adalah satu proses terapi dan cara untuk saya mengekspresikan rasa terhadap diri sendiri,” katanya.

Dia juga kini lebih selesa untuk membawakan watak yang tidak terlalu menggoda kerana tahu status dan hadnya sebagai isteri.

“Saya sendiri pun dah tak selesa untuk berlakon karakter menggoda seperti yang pernah dibawakan ketika masih bujang dahulu. Walaupun suami tak meletakkan sebarang syarat, saya sendiri tahu had dan batasan diri.

“Banyak hal yang perlu dipertimbangkan dan saya sendiri nak jaga diri serta nama baik suami. Dia dah beri keizinan untuk berlakon pun, dah Alhamdulillah,” katanya.

RASA sangat bahagia di samping suami. FOTO r0hanis Shukri
RASA sangat bahagia di samping suami. FOTO r0hanis Shukri

Terbaharu, Tasha kini membintangi beberapa drama komedi di saluran baharu dikenali Awesome TV.

“Alhamdulillah, sebelum ini saya banyak berlakon karakter berat. Jadi, bila dapat berlakon watak komedi, rasa ringan sedikit dan mujur rakan gandingan saya ramai yang membantu,” katanya.

Menyimpan impian untuk melebarkan sayap lakonannya sehingga pentas antarabangsa, Tasha berkata, dia faham mengenai situasi krisis c0v1d-19, sekali gus kerap menyertai kelas lakonan dalam talian.

“Ada beberapa kelas online yang saya sertai dan kebanyakannya adalah anjuran daripada mereka yang berpengalaman dalam dunia lakonan antarabangsa.

“Selain itu, saya juga menyertai kelas lakonan yang dibimbing mereka yang berpengalaman dalam industri seni lakon tanah air antaranya Kak Ogy (Ogy Ahmad Daud),” katanya.

Yang pasti, Tasha akan meneruskan impiannya dan terus berlakon sekali gus mengembangkan bakatnya yang begitu berpotensi.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Hmetro