Tak Lupa Diri & Masih Hormat Agama, Safiey Ilias Ingat Pesan Ayah Beribadah Sbg Seorang Lelaki

Sejak kebelakangan ini hangat di media sosial mengenai pengusaha kosmetik yang rata ratanya lelaki yang berpewatakan wanita. Sesuailah dengan produk yang dihasilkan adalah kecantikan wanita.

Namun begitu, haruslah diingat sebagai seorang Islam, setiap individu itu mestilah sentiasa ingat dan wapada dengan fitrah dirinya sebenar terutamanya ketika beribadat kepada Allah.

SENTIASA INGAT DIRI LELAKI, HORMAT AGAMA

Sebagai seorang pengusaha kosmetik popular, Safiey Ilias sememangnya sering kali muncul di khalayak dan di media sosial dengan berpewatakan seorang wanita. Tetapi, dia tetap mengakui bahawa dirinya itu seorang lelaki.

Tambahnya lagi, dia tetap menghorm4ti agama Islam dan dalam masa yang sama dia akan terus berusaha untuk menjaga sensitive masyarakat di Negara ini. Safiey terdahulu pernah beberapa kali berusaha untuk menjadi lelaki sejati namun tewas dipertengahan jalan.

Satu perkongsian di laman Instagram telah dibuat oleh Safiey bagi menjelaskan lagi status jantinya. Dia telah memuat naik satu gambar dirinya yang sedang menjalankan ibadah Umrah beberapa tahun lalu dengan lengkap mengenakan ihram.

Pakaian ihram adalah pakaian yang wajib dipakai oleh lelaki ketika mengerjakan umrah ataupun haji di tanah suci Mekah. Safiey memberitahu bahawa dia sentiasa berpegang pada pesan bapanya untuk kembali ke fitrah asal dan beribadah sebagai seorang lelaki.

KELUARGA SERING KALI MEMBERI SEMANGAT

“Saya masih seorang lelaki dan masih menghorm4ti agama saya dan sensitivity umat Islam. Dah banyak buat d0sa tak kan nak tambah d0sa lain lagi.. ayah saya selalu pesan, macam mana pun awak tetap lelaki dan bila buat ibadah pakailah seorang lelaki..”

Pada masa yang sama, Safiey meluahkan rasa syukur kerana dia mempunyai keluarga yang sentiasa memahami dan menerima dirinya tanpa kekok. Keluarga nya juga sering kali memberi semangat agar Safiey dapat berubah dan istiqomah.

Terdahulu, Safiey telah mended4hkan kepada umum bahawa bahagian badannya hanya 35 pertaus sahaja yang asli dan telah menghabiskan wang sejumlah RM 1 hingga RM 2 juta untuk kesemua pembed4han yang telah dilakukan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Infi Meecks