Hari terakhir restoran saya – Fazley Yaacob tutup Suka Sucre Bistro

BIARPUN Suka Sucre Bistro disifatkan cukup istimewa buatnya, penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaacob mengumumkan penutupan operasi restoran miliknya yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur, semalam.

Selepas tujuh tahun beroperasi, restoran tersebut dibuka buat kali terakhir kepada orang ramai pada Jumaat.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Fazley berkata, penutupan tersebut hanyalah buat sementara, sebelum kembali beroperasi di lokasi baharu yang akan diumumkan kelak.

“Hari ini merupakan hari terakhir restoran saya beroperasi di Taman Pertama, Cheras. Kami akan berpindah ke tempat baharu tidak lama lagi.

“Tapi buat masa ini kami akan tutup buat sementara, sambil menunggu kerja-kerja renovasi di tempat baharu,” jelas Fazley.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hari ini merupakan HARI TERAKHIR restoran saya @sukasucrebistro beroperasi di Taman Pertama, Cheras. Setelah 7 tahun kami berada di sini, akhirnya kami akan berpindah ke tempat baharu tidak lama lagi. Terima kasih kepada semua yang menyokong bisnes keluarga saya selama ini. Tempat baharu kami akan diumumkan tidak lama lagi. Kami akan buka restoran saya satu lagi @minangtapau dulu, baru #sukasucrebistro akan mula di tapak baru. Jemput semua datang hari ini. Gambar terakhir dalam video ini adalah dari tahun 2014.

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

Juara MasterChef Selebriti Malaysia musim pertama itu turut mengimbau kembali bagaimana dia membina jenama menerusi restoran miliknya itu.

“Apabila saya menjadi juara untuk pertandingan memasak di televisyen pada tahun 2012, saya tidak sangka bahawa perjalanan hidup saya yang selama ini sebagai seorang artis dan usahawan, akan juga bertambah ceritanya sebagai seorang cef.

“Dengan restu dan izin arw4h bapak dan ibu tersayang pada masa itu, kami mulakan Suka Sucre Bistro.

“Tujuh tahun kemudian, setelah beberapa ratus artikel di media, berpuluh-puluh anugerah kami terima dan juga pengiktirafan dari dalam dan luar negara, kami kini bersedia untuk berpindah ke tempat baharu,” katanya.

Dalam pada itu, Fazley, 42, juga menzahirkan rasa terima kasihnya kepada orang ramai yang memberikan sokongan dan kakitangan yang setia berkhidmat bersamanya di Suka Sucre Bistro sepanjang beroperasi.

“Terima kasih kepada semua yang pernah melanggani restoran kami, baik yang datang dari dekat dan juga jauh.

“Salam sayang kepada semua yang pernah berkhidmat di bawah naungan syarikat ini, baik sebagai anggota dapur, pengurusan, ataupun helpers serta cleaners.

“Jasa mu sentiasa dikenang. Banyak kenangan kita bersama di sini. Terima kasih kepada mentor-mentor saya Chef Wan, Chef Joe dan mentor-mentor dari @mylecordonbleu dan @lecordonbleuparis atas tunjuk ajar dan panduan selama ini,” katanya.

Pada perkongsian yang sama, penyanyi lagu Asmara Ini itu turut memberitahu bakal membuka semula sebuah lagi restoran miliknya, Minang Tapau yang akan beroperasi di Bukit Damansara pada minggu depan.

“Minggu depan Minang Tapau mula beroperasi semula di Bukit Damansara.

“Suka Sucre Bistro pula akan dibuka juga tidak lama lagi di lokasi yang belum diumumkan lagi,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar