Neelofa Pelawa Orang Ramai Laksanakan Ibadah K0rb4n

Usahawan fesyen dan pengacara Neelofa membuka peluang kepada orang ramai untuk melaksanakan ibadah k0rb4n dengan mudah menerusi program Qurban Kasih Neelofa Aidiladha.

Program perdana anjuran pertubuhan naungannya, Pertubuhan Kasih Neelofa, sambutan yang diterima sejak Qurban Kasih Neelofa Aidiladha dibuka kepada umum begitu menggalakkan.

“Sejak diumumkan baru-baru ini, sambutan yang diterima daripada orang awam begitu memberansangkan.

“Mungkin disebabkan norma baharu sempena PKPP ini yang memerlvk4n kita untuk sentiasa menjaga jarak dan duduk di rumah, kebanyakan daripada mereka mengambil peluang ini untuk melaksanakan ibadah menerusi program Qurban Kasih Neelofa Aidiladha ini,” kata Neelofa menerusi satu kenyataan.

Menerusi program tersebut, satu bahagian lembu dikenakan bayaran sebanyak RM750. 

Urusan pemilihan lembu korban sehinggalah penyemb3lih4n dan pengagihan daging kepada golongan asnaf dan fakir diuruskan sendiri oleh pihak pertubuhan.

Sementara itu, Neelofa menambah, pihak pertubuhan akan menjalinkan kerjasama dengan pihak NGO dan swasta bagi merancakkan program Qurban Kasih Neelofa Aidiladha berkenaan.

“Kami ingin memperluaskan program ini. Justeru, kerjasama dengan badan-badan NGO dan bukan kerajaan lebih memudahkan pihak kami bagi proses pengagihan dan mengenal pasti individu yang memerlvk4n di setiap negeri,” katanya lagi.

Bagi yang ingin menyertai program Qurban Kasih Neelofa Aidiladha, pendaftaran masih dibuka sehingga 23 Julai 2020, seminggu sebelum ketibaan Hari Raya Haji.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

PENYERTAAN QURBAN #KASIHNEELOFA DI BUKA! Jom sebarkan semangat berbahagi dan berkasih sayang bersama mereka yang memerlukan dengan mengambil bahagian dalam Qurban #KasihNeelofa! Insyaallah, program ini akan dilaksakan di seluruh Malaysia, 14 negeri secara keseluruhannya. Hubungi no tertera untuk sebarang soalan atau info lanjut

A post shared by Pertubuhan Kasih Neelofa (@kasihneelofa) on

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak