Patutlah budak-budak selalu kej4r pakcik ni bila masuk kampung, ini sebabnya…

MASIH ada lagi orang jual aiskrim hanya dengan nilai 10sen sahaja. Mana nak dapat aiskrim 10 kon dengan hanya bayar RM1?

Jangan tak percaya, ada pakcik ni yang terkenal dengan nama Pok Mat masih menjual aiskrim semurah itu di sekitar Jeli, Kelantan dengan menaiki kereta merahnya.

Sekali pandang memang tak perasan apa yang dijualnya, sekali dia buka bonet belakang dan pasang khemah biru, ramai budak termasuk bapa budak pun tak putvs-putvs kerumun.

aiskrim 10sen

Perkongsian seorang bapa yang juga pemilik akaun Facebook, Azizul Derahman yang turut teruja apabila anaknya mahu membeli aiskrim yang banyak dengan hanya RM1.

Al kisah Aqis, anak saya beri tahu ayah nak duit RM1 nak beli aiskrim banyak. Saya pun tanya beli mana dia cakap atas kereta merah..lepas tu datanglah pakcik ni berhenti depan rumah.

Budak-budak pun s3rbu. Saya tanya berapa pakcik jual, dia jawab 10 sen je. Ada lagi orang jual aiskrim kon ni 10 sen ya? Ni zaman 2020 dah, terkejvt saya dengar pakcik ni jual 10 sen, aiskrim lain-lain pun ada, roti pun murah.

Ada lagi peniaga sekarang jujur. Tanya dia ada untung juga ke? Pakcik tu jawab ada. Jual sambil sedekah. Bila tanya pakcik duduk mana, dia kata duk Tanah Merah. Jauh datang sampai Jeli.”

aiskrim 10sen

Mana untung dengan minyak kereta, barang-barang lain lagi. Jual pulak 10sen. Mulianya hati pakcik ni. Dulu dia jual atas motosikal masa umur belasan tahun. Siapa orang Batu Gajah, mungkin kenal pakcik ni.

Kalau jumpa pakcik ni, pakat-pakatlah borong aiskrem dia sambil sedekah. Insya-ALLAH kalau dipermudahkan urusan orang lain, urusan kita pun dipermudahkan.

Saya doakan pakcik ini dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik. Nama dia Pok Mat, segala majlis dia datang. Kalau nak buat tempahan boleh telefon 0193661339.”

Perkongsian asal dalam dialek Kelantan itu menerima lebih 1,500 perkongsian dan ternyata ramai teruja dengan Pok Mat yang masih gigih berniaga sambil bersedekah.

Betullah orang kata, sambil berniaga sambil bersedekah. Moga Pok Mat sihat walafiat dan dimurahkan rezeki. #janganputusasamalaysia

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar