“Kali Ni Struggle Sikit Berbanding…” – Isteri Rody Kumpulan Kristal Selamat Bers4lin Anak Ke-2!

Isteri gitaris kumpulan Kristal, Rody, Niena Azman selamat melahirkan anak keduanya.

Niena memaklumkan berita gembira itu menerusi satu posting terbaru di akaun Instagramnya hari ini.

“Alhamdullilah, akhirnya keluar hero juga.

“Kali ni struggle sikit berbanding Adith, apapun terima kasih kepada Dr.Yuli dua-dua hero die sambut.

“Tenang je die walaupun niena dah macam apa je dekat labor room tu.

“Terima kasih semua mendoakan Niena dan baby,” katanya.

Posting yang memaparkan gambar Neina, Rodi dan anak keduanya itu kemudian dipenuhi dengan ucapan tahniah.

Anda boleh lihat posting berkenaan di bawah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdullilah, akhirnya keluar hero jugak.. kali ni struggle skit berbanding Adith, apa2 pn tq pd Dr @yuliarifuddin dua2 hero die sambut.. tenang je die walaupun niena dh mcm apa je kt LR tu 😂😂😂 En.Mi nk telan air liur pn x boleh 🙊 muka die tgk niena sakit dh serupa muka cr tali gitar yg putus x jmpe 😂😂😂 ok gurau je! Thanks semua yg mendoakan niena dan baby B 😘❤️💙

A post shared by Niena 💋 (Nur Izwani + Dekno) (@niena_azmann) on

Terdahulu, Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin mendirikan rumah tangga bersama Niena yang juga merupakan penjaga gol Skuad Wanita Futsal Kebangsaan pada 27 April 2018.

Niena selamat melahirkan putera sulung, Adithya Jabbar secara normal, jam 9:34 malam pada 14 Januari 2019.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak