PKP: 85 hari bertugas tanpa henti, Sarjan Azahar lega dapat sambut hari jadi anak

ALOR SETAR: “Alhamdulillah. Lega. Segala tugasan Op c0v1d berakhir malam ini. Dapatlah saya menyambut hari lahir anak bongsu yang ke-11 Jumaat ini.”

Demikian luahan Sarjan Azahar Ayub, 54 tahun, Penolong Pegawai Penyiasat yang bertugas di Cawangan Trafik, Ibu Pejabat p0lis Daerah (IPD) Kota Setar.

Selepas bertugas selama 85 hari tanpa henti, beliau merupakan antara yang paling gembira apabila dua sekatan jalan raya (SJR) di daerah ini ditutup sepenuhnya jam 12 malam tadi.

Katanya, anak bongsunya, Mohd Aniq Hanafi Azahar, 11 tahun, tidak henti menghubunginya sebaik mengetahui malam tadi adalah malam terakhir dia bertugas di SJR tersebut.

“Anak saya sibuk minta hadiah. Cuma saya seorang saja yang belum beri dia hadiah. Abang-abangnya semua dah beli hadiah untuknya, tempah melalui dalam talian, hantar terus ke rumah.

“Sebab itu dia asyik menelefon saya bertanya, saya nak beri hadiah apa. Saya pun belum beritahu dia apa saya akan berikan sebagai hadiah, saja buat kejutan. Biasanya saya akan belikan kek pada hari jadinya,” katanya.

Azahar juga turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang sudi menyambut hari lahirnya di sekatan Plaza Tol Alor Setar Selatan pada 28 Mei lalu.

Malah, malam tadi juga, Azahar bertuah apabila seorang jururawat h0sp1tal Sultanah Bahiyah (HSB) berhenti di sekatan itu semata-mata untuk menghadiahkan kek bertulis ‘TQ Frontliners’ kepadanya di atas pengorbanan mereka membantu memutuskan rantaian c0v1d-19.

Katanya, sepanjang 34 tahun bertugas dalam p0lis Diraja Malaysia (PDRM), Op c0v1d adalah tugasan paling mencabar dan akan menjadi kenangan dalam lipatan sejarah hidupnya.

“Memang mencabar. Banyak kerenahnya berdepan dengan orang awam. Yang faham, fahamlah, tetapi yang tak faham, itu yang timbulkan macam-macam masalah.

“Walaupun kerajaan dah umum tak boleh rentas negeri, dia rentas juga. Apabila mereka sampai di sini, kita terpaksa keluarkan saman,” kata Azahar.

Sementara itu, bagi Sarjan Syarifah Norshila Syed Mohamad, 31 tahun, dari Bahagian Siasatan jen4yah Narkotik, IPD Kota Setar, Op c0v1d ini sesuatu yang amat menyedihkan buatnya apabila ketuanya terkorban dalam nahas pada 19 April lalu.

Katanya, mendiang ASP Aldrin Gonda terbabit dalam kem4lang4n ketika dalam penugasan c0v1d dan men1ngg4l di tempat kejadian.

“Masa dapat tahu itu, saya terus bergegas ke h0sp1tal. Dan saya dapat hantar jasadnya terus ke KLIA. Saya menyaksikan kerandanya masuk ke dalam kargo. Pengalaman pertama bagi saya. Tak pernah dialami sebelum ini, perkara seperti itu terjadi terhadap bos kita,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Awani