Selepas Putvs Tunang, Atikah Suhaime Akhirnya Bertemu Jodoh Dgn Datuk

KUALA LUMPUR: Pelakon kelahiran Singapura, Atikah Suhaime, 29, dan kekasihnya, Datuk Lokman Teh, 31, hanya

hanya boleh memikirkan fasa seterusnya apabila pandemik COV1ID-19 berakhir.

Ini berikutan mereka kini berjauhan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Atikah berada di negara kelahirannya, Singapura, manakala Lokman di Kuala Lumpur.

“Hubungan jarak jauh menyebabkan tiada apa yang boleh dirancang buat masa ini, apatah lagi larangan merentas negara masih dikuat kuasa.

“Saya berharap COVI1D-19 segera berakhir. Selagi belum selesai, selagi itulah segala perancangan ke fasa seterusnya tidak boleh terlaksana. Apakan daya, kami juga terpaksa berpisah jauh buat seketika,” katanya kepada BH Online.

Atikah berkenalan dengan Lokman yang juga pewaris produk penjagaan badan popular selepas diperkenalkan rakan mereka. Diakui, hubungan terjalin selepas empat bulan impian Atikah melangkah ke jenjang pelamin bersama penyanyi, Awi Rafael tidak kesampaian.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Best tak holiday lama lama? 😅

A post shared by Atikah Suhaime 🇲🇨🇸🇬🇲🇾 (@therealatikahsuhaime) on

“Saya dan kekasih diperkenalkan oleh rakan-rakan. Kebetulan rakan saya juga berkawan dengan Lokman. Awalnya, sekadar teman biasa, tetapi lama kelamaan kami gembira bersama,” katanya yang membuat pendedahan hubungan cinta dengan Lokman pada Julai, tahun lalu.

Atikah atau nama sebenarnya, Nur Atikah Mohd Suhaime berkurung di Singapura selama beberapa bulan hanya menunggu lampu hijau kerajaan Malaysia memberi keizinan kepada warga asing masuk.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

😘 makeup by @farishaz 👗 @mutiara.tiaramior #DendamCintaArissa

A post shared by Atikah Suhaime 🇲🇨🇸🇬🇲🇾 (@therealatikahsuhaime) on

“Saya sudah lama berehat, hampir tiga bulan. Perasaan rindu kembali bekerja membuak-buak, apatah lagi saya masih mempunyai baki 10 episod untuk drama Dendam Cinta Arissa terbitan Radius One Sdn Bhd.

“Saya sudah berbincang dengan keluarga keputusan pulang ke Kuala Lumpur. Keluarga bimbang sekiranya saya tak dapat pulang dalam tempoh lama berikutan tanggungjawab pada tugas.

“Kini, saya sedang menantikan maklumat mengenai kemasukan ke Malaysia. Setakat ini, belum ada lagi keputusan. Saya dan pelakon, Hisyam Hamid berbincang mengenai hal ini berikutan kami digandingkan menerusi drama arahan Shahrulezad Mohameddin,” katanya.

Pelakon filem Lagenda Budak Hostel dan Volkswagen Kuning itu berkata, syarikat produksi ada memaklumkan melakukan penggambaran secara berasingan. Mereka akan menyiapkan penggambaran watak lain terlebih dahulu.

“Selepas mendapat keizinan masuk semula ke Malaysia, barulah mereka akan menyelesaikan bahagian saya dan Hisyam,” kata Atikah.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Berita Harian