Selepas 13 tahun bersama DS Shahida, DS Aliff Syukri dedah hal rumah tangga sendiri yg tidak diketahui umum

SEPANJANG 13 tahun perkahwinan dengan Datin Seri Nur Shahidah, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri berkata dia lebih matang dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang suami.

Menurut Aliff, 33, dalam melayari hubungan itu pasti akan ada kekurangan dan proses memperbaiki diri itu berlaku setiap hari.

“Berkahwin itu amat mudah tetapi untuk menjadikan perkahwinan bahagia ini kekal lama dan sempurna serta saling melengkapi bukan sesuatu perkara yang mudah.

“Lebih daripada 13 tahun perkahwinan kami, banyak asam garam yang ditempuhi. Setiap tahun adalah tahun pembelajaran kami untuk memperbetulkan kelemahan masing-masing.

“Syukur Alhamdulillah, 13 tahun itu mematangkan saya untuk menjadi seorang suami, abah dan usahawan yang terbaik,” katanya.

Aliff sedar isteri menjadi tulang belakang dalam hidupnya.

Penyanyi lagu Cuba Bahagia ini berkongsi luahan hatinya untuk isteri tercinta menerusi laman Instagram.

Pada Mac lalu, pasangan ini menjadi perbualan hangat netizen apabila rumah tangga mereka dikatakan bergolak.

Bagaimanapun, setelah empat bulan tinggal berjauhan dengan isteri dan anak-anak, Aliff mula menyedari kekurangan diri dan memilih untuk kembali semula bersama keluarga.

Sementara itu, Alif berkata kebahagian paling utama dalam kehidupan adalah apabila dapat bersama keluarga di sisi.

Perkongsian Aliff menerima komen positif pengikut.

“Tetapi benda yang paling penting sekali adalah kebahagian yang hakiki iaitu bersama dengan keluarga dan ibu bapa kita.

“Semoga semua rakan-rakan saya di laman sosial, pekerja… anda adalah orang yang hadir dalam hidup saya adalah yang terbaik.

“InsyaAllah saya doakan! Semoga kita sama-sama mendoakan untuk kebahagian orang lain juga,” ujarnya.

Aliff Syukri dan Nur Shahida berkahwin pada tahun 2007. Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah serta seorang anak angkat.

Sebelum ini, Aliff terpalit dengan beberapa kontr0versi sehingga menerima kec4man teruk daripada banyak pihak termasuklah daripada ahli keluarga sendiri.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar