“Paling over tu Datin Lara Alana kan”

Anak kepada pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya sering menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air.

Lara Alana lahir pada 22 Julai 2014 dan kini sudah berusia 6 tahun. Kehidupan Lara sekarang ini tidak ubah seperti selebriti akibat tempias populariti dari ibu bapanya.

Jika tidak mana mungkin Lara mempunyai jumlah pengikut yang sangat tinggi di Instagram.

Malah Lara juga telah mempunyai program televisyen sendiri iaitu Lara Oh Lara dan dalam masa yang sama telah menjadi duta kepada beberapa buah produk.

Awal mengakui anaknya turut dikenakan cukai pendapatan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sejak berusia setahun lagi.

Menurut Awal perkara itu tidak membebankan dirinya dan isteri yang juga pelakon kerana ia tanggungjawab yang perlu dijalankan sebagai rakyat Malaysia.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Mommy dan bodyguard nya. Jangan main main dengan yang belah kanan tu. Dia takleh dibawa bincang. #Schawalara

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari) on

Dengan jumlah pengikut hampir mencecah 4 juta, Lara merupakan anak selebriti yang paling popular, dari lahir lagi ramai yang mengikuti perkembangannya.

Apa yang membuatkan netizen tertarik adalah gelagatnya yang bersahaja dan sangat kelakar.

Satu video TikTok di muat naik oleh Lara Alana. Dalam video tersebut memang Lara lah yang paling over menari walaupun nampak malu. Sebelum ini memang Daddy Lara tak bagi Lara main TikTok.

Pinjam tik tok Alicia semalam. Mommy dengan Daddy tak tau

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Pinjam tik tok Alicia semalam. Mommy dengan Daddy tak tau 🤫

A post shared by Lara Alana Ahmad (@laraalanaa) on

Perkongsian video TikTok tersebut mendapat pelbagai komen dan reaksi dari para peminat. Rata-rata terhibur lihat Lara menari, dengan lentok tangan dan badan.

Komen dari peminat :

Hahahhahaa lara yang ober tau! Geramm.

Ambuiii kemahen lara punya gelek

Lembut je body laraa gelek

Amboii lara.. Comel je tiktok

Comel sangatlah Lara Ni pandai menari

Awat comeii sangat ni .. teringgin pulak nak baby girl ..tapi dah tutup kilang ..acaner tu

Alahaii uncle tengok  10x gelak jeee .. sorry lara

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Rasa rasa kalau Lara pi ketuk rumah orang mintak duit raya, ada orang nak buka pintu tak agaknya?

A post shared by Lara Alana Ahmad (@laraalanaa) on

Seronok nampak Lara beraya, Lara pun tahun ni dah mula belajar berpuasa walaupun setengah hari sampai pukul 3 petang je, tapi itu permulaan yang baik untuk kanak-kanak seusia dengan Lara.

Tahniah ye Lara. Semoga menjadi anak yang solehah buat ibu bapa. Lepas ni boleh buat banyak lagi la video TikTok.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mehbaca