“Sakitnya Tulisan Kita Dicvri”- Penulis Novel Kecewa Dengan Fauziah Nawi, Sekali Nama Neelofa Pun Terpalit Sama

Penulis Buku, Haitun Kamarazaman meluahkan rasa kecewa dengan perbuatan ‘c0py and paste’ di kalangan selebriti. Haitun mendakwa hasil tulisannya dari buku berjudul ‘Travelog Hati Kembara Itu Hijrah’ telah di kongsi tanpa kredit di laman sosial. Lebih mengejutkan, perbuatan itu dilakukan oleh pelakon veteran, Fauziah Nawi di Instagramnya

Menurut tinjaun Murai MY, Fauziah Nawi ada berkongsi gambar temubualnya di Astro Ria. Menerusi gambar tersebut, Fauziah meletakkan sebuah tulisan yang begitu puitis di ruangan kapsyen. Tanpa meletakkan sumber asal atau kredit, tulisan itu menjadi tular dan dikongsi secara meluas di laman sosial.

Sudah pasti ia penulis asalnya, Haitun merasa kecewa dengan hal ini kerana karyanya telah dicvri orang.

“Ya Rabbi. Ini tulisan asal saya yang dic0py paste dan dapat beribu like. Tak pasal-pasal. Tapi tula, nanti pasti ada yang cakap takpelah..”

“Sesiapa yang beli buku travelog hati, tulisan ini ada dalam buku tersebut. Senang-senang jer minah ni copy paste dan buat macam harta dia.”

“Bagus, Plagiatlah beramai-ramai hasil tulisan orang ya. Hanya penulis yang tahu betapa sakitnya tulisan kita dicuri dan mereka buat macam tulisan sendiri.”- tulisnya di laman facebook.

Menurut Haitun, tulisan itu ditulis pada Bab 14 bertajuk ‘S0mbong’ dalam buku Travelog Hati.

Salah seorang rakan Haitun mendedahkan hasil tulisan ini turut dikongsikan oleh usahawan dan selebriti popular Neelofa di Telegramnya.

Nampaknya budaya c0py and paste ini sudah menjadi hal yang serius. Sebenarnya, tak salah untuk berkongsi karya orang lain namun perlu diingat, ada etikanya. Kreditkan saja, bagitahu siapa penulisnya dan dari mana sumbernya. Kan senang!

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Murai.my