“Kena Sindir Oleh Pekerja Kedai Berjenama, Staff Tengok Macam Customer Takde Duit” -Netizen Kongsi Pengalaman

Kita sering rasa tidak selesa apabila orang memandang kita dengan pandangan yang seolah-olah sedang menilai diri kita.

Perkara ini sering terjadi apabila kita memasuki butik yang menjual barangan mewah, membuat ramai di antara kita rasa gementar atau tidak yakin.

Hakikatnya situasi ini bukan sahaja dialami oleh orang berkemampuan sederhana sahaja, malah orang berduit juga mengakui rasa dinilai apabila memasuki kedai barangan berjenama.

Satu perkongsian oleh seorang pengguna media sosial baru-baru ini telah meraih perhatian ramai apabila dia berkongsikan bagaimana dia ‘dihalau’ oleh promoter sebuah kedai kasut kerana penampilannya.

Dalam video yang dimuat naik ke TikTok, gadis yang menggelarkan dirinya sebagai Wawa itu berkongsikan kejadian bagaimana dia dan rakannya dipandang sinis oleh salah seorang staf kedai kasut yang dilawatinya di Paradigm JB.

Lebih menghangatkan keadaan, staf tersebut mencadangkan mereka untuk pergi ke kedai lebih murah kerana menganggap mereka tidak mampu membeli barangan di kedai itu, sebelum men1ngg4lkan mereka kepada staf lain untuk melayan pelanggan yang berpakaian lebih mewah.

Luahan gadis itu mengundang netizen untuk turut meningalkan pengalaman masing-masing di ruangan komen, dan ternyata ramai yang mengaku pernah dipandang rendah oleh pekerja kedai barangan berjenama.

“masuk sephora pun aku takut…”

“Bau ni mahal, you mampu ke?…”

“Padahal memang aku takde duit pun…”

“hello ko kerja je kot…”

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : HCL