Taman Langat Murni, Kuala Langat dikenakan PKP Pentadbiran

PUTRAJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara pentadbiran dikenakan di Taman Langat Murni, Kuala Langat berikutan wujudnya kes positif koronav1rus (c0v1d-19) di kawasan itu, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Semasa menafikan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikenakan di kawasan berkenaan seperti dilapor sesetengah media, Ismail Sabri berkata, penduduk di kawasan itu masih boleh keluar masuk untuk urusan harian namun perlu melalui saringan kesihatan rapi dalam usaha kerajaan membasmi penul4ran w4b4k c0v1d-19 di kawasan tersebut.

“Berbeza dengan PKPD, mereka masih boleh keluar masuk tetapi mereka akan dikenakan saringan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya pada sidang akhbar perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hari ini.

Terdapat laporan media kerajaan melaksanakan PKPD di situ dengan p0lis dan anggota tentera memasang pagar kawat duri di sekitar kawasan itu tengah malam tadi kononnya selepas lebih 20 warga asing disahkan positif c0v1d-19.

Kawasan Hulu Langat dikenakan PKPD pada Mac lepas melibatkan tujuh kampung di Sungai Lui termasuk dua perkampungan orang asli, selepas 71 kes positif c0v1d-19 dikesan dalam kalangan 274 penghuni Maahad Tahfiz AnNabawiyyah di Batu 23 Sungai Lui.

Kawasan terakhir yang dikenakan PKPD adalah kawasan sekitar Pasar Jalan Othman di Petaling Jaya pada 10 Mei, selepas 26 kes c0v1d-19 dikesan dalam kalangan peniaga dan pekerja di pasar basah itu.

Ditanya mengenai status PKPB yang sepatutnya berakhir 9 Jun, Ismail Sabri berkata, pihaknya belum tahu lagi kerana belum ada lagi perbincangan untuk sambung atau tidak.

“Apabila keputusan sudah dibuat, kita akan umumkan. Sambung kita umum, tidak sambung pun kita umum. Tunggulah apabila pengumuman dibuat,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, p0lis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 56 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPB dan daripada jumlah itu, 46 individu direman manakala 10 individu dijamin p0lis.

PDRM juga, kata beliau, telah mengeluarkan kompaun kepada 88 individu atas pelbagai kesalahan ingkar arahan PKPB namun tiada kompaun dikeluarkan atas kesalahan ziarah Aidilfitri.

Selain itu, PDRM telah mengadakan 138 sekatan jalan raya rentas sempadan negeri di seluruh negara dan memeriksa 267,373 kenderaan berbanding 283,677 kenderaan pada hari sebelumnya.

“Sebanyak 93 kenderaan diarah patah balik atas cubaan rentas negeri tanpa kebenaran. Antara negeri yang mencatatkan cubaan rentas negeri yang tertinggi adalah Pahang (38), Melaka (27) dan Selangor (24),” tambahnya. – Bernama

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar Harian