Tahniah, Zizie Ezette bakal dapat anak lagi! “Sebelum ini sibuk meng4ndung dan beranak tiga tahun berturut-turut”

SELEPAS membesarkan dua orang anak angkat beberapa tahun lalu, pelakon Datin Seri Zizie Ezette mengumumkan bakal mengambil seorang lagi anak angkat pada tahun depan.

Menerusi laman sosial Instagram, Zizie Ezette atau nama sebenarnya Zizie Izette Abdul Samad, 42, berkata, dia dalam proses menguruskan pengambilan tersebut di Pejabat Kebajikan Masyarakat Gombak.

“Hari untuk uruskan dokumen pengambilan anak angkat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Gombak.

“Baru la ada kelapangan. Sebelum ni mommy seorang ni sibuk meng4ndung dan beranak je tiga tahun berturut-turut.

Foto Zizie bersama anak-anaknya yang dikongsi di Instagram.

“Tahun ni baru dapat relaks sikit. InsyaAllah tahun depan ada lagi seorang.

Dalam pada itu, Zizie berkata, dia melalui prosedur pengambilan anak angkat yang sama seperti dilalui orang awam yang lain.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Mommy & her boys!! 💙💙💙 #futurebodyguards

A post shared by Zizie Izette (@zizieizette) on

“Kepada yang bertanya, saya guna prosedur yang sama macam orang lain dan betul mengikut und4ng-und4ng.

“Kena beratur, ambil nombor, tunggu giliran, isi borang. Semuanya. Tiada keistimewaan atau guna kabel,” tulisnya.

Zizie dan suaminya, Datuk Seri Bung Moktar mempunyai dua orang anak angkat, Nayla Nurjenna, 4, dan Aaric Zayn Izette, 2.

Pasangan itu turut dikurniakan cahaya mata lelaki kembar iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, 3, dan seorang anak perempuan Aalisa Belle Izette.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

100 kali ajar SUPERMAN, dia sebut SUPERTATAU jugak. 🤦🏻‍♀️😆 #aalephzeke

A post shared by Zizie Izette (@zizieizette) on

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar