“Kebanyakan Komen Sangat Kej4m..Kas4r” – Nabila Razali Akui Silap Diri, Ins1den ‘Memalukan’ Terjadi Sebab…

Pelakon Nabila Razali menyifatkan pengalamannya ‘terkucil’ ketika membuat persembahan secara langsung dalam sebuah program televisyen baru-baru ini sebagai satu ins1den yang memalvk4n.

Begitupun, katanya, dia mengakui apa yang berlaku itu disebabkan oleh kesilapan yang datang daripada dirinya sendiri.

“Itulah yang berlaku pada saya minggu lepas. Saya buat video ini bukan untuk menegakkan benang yang basah. Seperti yang korang tengok, it was so embarassing (ia sangat memalvk4n). Saya kesal dengan apa yang berlaku.

“Selepas saya nilai semula video itu, saya kurang warm up, tak jaga makan sepanjang PKP, saya lama tak buat persembahan. Jujur saya cakap malam itu malam paling gementar buat saya.

“Saya tahu ramai yang meletakkan harapan yang tinggi, tapi saya gagal dalam cubaan pertama saya,” katanya menerusi satu video yang dimuat naik di saluran Youtube miliknya.

Di sebalik ins1den itu, kata Nabila, dia berasa terkilan apabila menerima kritikan yang teruk daripada netizen yang menghentam persembahannya menyanyikan lagu Peluang Kedua itu.

“Kebanyakan komen yang diterima sangat kej4m..sangat kasar. Korang boleh tengok sendiri di media sosial saya.

“Sampaikan saya terfikir bagaimana mereka dibesarkan sampai sanggup guna ayat kasar sebegitu kepada orang yang mereka tak kenal.

“Kepada yang nak komen tu, komenlah dengan cara berhemah sebab komen anda menggambarkan keperibadian anda,” ujarnya.

Walau apa pun, kata Nabila ins1den itu sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk terus pergi lebih jauh.

Bahkan, katanya, dia yakin sentiasa ada ruang buatnya untuk memperbaiki kekurangan diri.

“Kita pun manusia biasa juga yang tak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Cuma, kesilapan kami ini ditonton oleh jutaan orang. Jadi, janganlah asyik nak menghukvm.

“Segala komen positif dan negatif saya terima dengan hati terbuka. Saya jadikan iktibar pada masa akan datang. Selepas apa yang berlaku ini juga, buat saya sedar siapa kawan kita sebenar,” katanya.

Sebelum ini, Nabila terkucil ketika membuat persembahan menyanyikan lagu Peluang Kedua di program Mega Raya Ria.

Ekoran ins1den tersebut, Nabila menerima kec4man teruk daripada netizen.

Saksikan drama lakonan Nabila Razali di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah c0v1d-19!

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak