Anak muda tempatan sanggup kerja berat di pasar borong

KUALA LUMPUR: “Saya bekerja memunggah, mengangkat dan menyusun bekalan sayur di Pasar Borong Kuala Lumpur sejak empat tahun lalu.”

Demikian reaksi seorang anak muda tempatan, Khalil k3saven Hasan, 19, ketika ditanya mengenai persepsi segelintir pihak kononnya golongan belia negara ini enggan bekerja di pasar borong yang dikaitkan dengan bau busuk, kotor dan kerja berat.

Khalil berkata, beliau lazimnya bekerja lebih 12 jam sehari dengan bayaran hingga RM180 untuk tempoh itu di pasar berkenaan.

“Selalunya, saya akan datang ke pasar ini pada jam 7 pagi dan bekerja mengangkut barang untuk seorang tauke hingga jam 12 tengah hari.

“Selepas itu, saya akan pergi mencari tauke lain untuk bekerja hingga petang. Malam, saya akan bekerja dengan tauke lain pula. Saya sudah lama kenal dengan semua tauke itu.

“Ketika baru bekerja dulu, saya pun berasa sangat penat dan hampir berputus asa. Namun memikirkan untuk mencari sesuap nasi, saya teruskan juga. Lama-kelamaan, saya seronok kerja mengangkut barang ini.

“Selalunya, tauke akan memberikan saya berehat satu atau dua hari seminggu. Bapa saya pun kerja di sini. Beliau yang menyarankan supaya saya mencari rezeki di pasar borong. Tiada kerja mudah dalam dunia ini,” katanya ketika ditemui BH di pasar itu, di sini, malam tadi.

Seorang lagi pekerja tempatan, K Thinesh, 24, berkata beliau bekerja di pasar borong itu sejak beberapa hari lalu selepas hilang sumber pendapatan sebagai pelayan bar di Singapura.

“Semua sedia maklum bahawa banyak negara, termasuk Singapura, melaksanakan perintah berkurung akibat cov1d-19. Antara yang terk3san ialah perniagaan bar dan saya turut hilang pekerjaan.

“Selepas saya pulang ke Kuala Lumpur, ada kawan memaklumkan bahawa ada banyak kerja kosong di pasar ini susulan pihak berkuasa membuat operasi menahan warga asing.

“Selepas sesi temu duga, saya diterima sebagai pekerja. Setakat ini, tiada masalah yang timbul. Kerja berat itu pun saya anggap sebagai senaman,” katanya.

Sementara itu, seorang penjaga pasar terbabit, Sheng Thi, 60, yakin pasar berkenaan akan kembali dibanjiri pekerja tempatan, terutama anak muda dalam masa terdekat.

“Saya sudah bekerja sebagai penjaga pasar ini sejak 25 tahun lalu. Ketika mula-mula dibuka, pasar ini memang dikhaskan untuk peniaga dan pekerja tempatan sahaja.

“Namun, lama-kelamaan ada peniaga tempatan mula mengambil k3sempatan mengupah pekerja asing kerana bayar gaji murah.

“Saya yakin zaman kegemilangan akan kembali, tidak lagi timbul isu pasar borong dikuasai warga asing. Sebaliknya, pasar borong ini adalah ‘milik’ rakyat Malaysia,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : cempedakcheese