”Sumbangan Khas Untuk Guru Selamatkan Remaja Lem4s”- MB Perak Mula Bersuara Tentang Guru Kafa Yang Selamatkan Remaja Tersebut..

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menzahirkan penghargaan kepada guru kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), Muhammad Nor Imran Maula Abd Jalil di atas tindakan berani menyelamatkan empat remaja perempuan daripada lem4s dalam tali air di Kampung Gajah, Rabu lalu.  Kerajaan Perak akan mempertimbangkan sumbangan khas kepada seorang guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) yang menjadi ‘hero’ menyelamatkan empat remaja hampir lem4s di Kampung Gajah, Rabu lalu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, tindakan Muhammad Nor Imran Maula Abd Jalil menyelamatkan kesemua m4ngs4 yang dihanyutkan arus deras itu amat wajar dipuji.

“Tindakan beliau yang sanggup mengambil r1siko bagi menyelamatkan mangsa yang dihanyutkan oleh arus deras wajar dipuji.

“Hanya mereka yang tidak mementingkan diri sendiri sahaja yang mampu memberi reaksi seberani itu dalam sekelip mata, biar pun membahayakan nyawa sendiri.

“Sementara itu, marilah kita doakan semoga semua mangsa yang terlibat dalam tragedi itu akan segera pulih sepenuhnya,” katanya.

Menurutnya, reaksi berani ditunjukkan Muhammad Nor Imran itu hanya boleh dilakukan oleh mereka yang tidak mementingkan diri sendiri kerana sanggup membahayakan nyawa sendiri untuk menyelamatkan orang lain.

“Bagi pihak jentera pentadbiran kerajaan negeri dan seluruh rakyat Perak, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas buat Muhammad Nor Imran atas tindakan berani menyelamatkan empat remaja wanita daripada lemas di Kampung Teluk Sena, Kampung Gajah pada Rabu lalu.

“Pentadbiran kerajaan negeri akan mempertimbangkan sumbangan khas kepada saudara Muhammad Nor Imran sebagai menghargai keberanian dan jasa beliau menyelamatkan kesemua m4ngs4,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam kejadian kelmarin, Muhammad Nor Imran yang juga Siak Masjid Aziziah, Batu 10, Hutan Melintang itu sanggup mempertaruhkan nyawa untuk menyelamatkan kesemua m4ngs4 yang hanyut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas ke dalam tali air di Kampung Teluk Sena, Kampung Gajah di sini.

Dalam pada itu Ahmad Faizal mendoakan kesemua m4ngs4 yang terlibat dalam kejadian tersebut segera pulih.

Kisah Muhammad Nor Imran semalam juga tul4r di media sosial dan mendapat perhatian beberapa pihak yang memuji keberanian individu tersebut.

Antara yang terawal memberikan penghargaan kepada anggota Jabatan Amal Pas Bagan Datuk itu adalah Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : SinarHarian