‘Mummy, daddy tunggu kami di syurga’

SUDAH tujuh bulan kem4lang4n mer4gut nyawa ibu bapa mereka berlaku, namun tiga beradik yatim piatu ini masih terbayangkan insan k3sayangan mereka.

Aryan Rizki, 7, anak sulung Allahyarham Surawati Mohd serta Muhammad Noor Idham Ramli apabila ditanya, berkata, mahu jadi anak yang baik untuk berjumpa ibu bapa mereka di syurga.

“Abang tahu daddy (ayah), mummy (ibu) tunggu kami di syurga, jadi abang dan adik-adik akan jadi budak baik dan baca (surah) Al-Fatihah banyak-banyak supaya dapat jumpa mereka,” katanya.

Surawati dan Muhammad Noor Idham men1ngg4l dunia selepas Perodua Myvi dinaiki bersama tiga anak mereka berl4ngg4r dengan lori baja di Kilometer 134 Jalan Kuantan-Seremban, dekat Keratong, Rompin, 3 Oktober tahun lalu.

Kini Aryan Rizki dan dua adiknya, Areesh Razeen, 4, dan Arfan Rakeen, 2, tinggal bersama nenek mereka, Zainab Mamat, 61, di Kampung Gong Merawang di Rhu Muda, Marang.

Menurut Zainab, kem4lang4n itu masih mengh4ntui dan memberi k3san mendalam terhadap tiga cucunya.

“Mereka masih ingat dan bercerita mengenai kem4lang4n itu dan kalau dengar atau tonton berita kem4lang4n di televisyen, mereka akan menyebut mummy dan daddy terutama Areesh.

“Hanya Allah SWT tahu bagaimana perasaan saya terhadap mereka dan sekarang pun mereka masih cuba menyesuaikan diri, manakala Arfan tidak boleh berenggang dengan saya,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Selain Zainab, tiga beradik itu turut menumpang kasih empat ibu bapa saudara dengan seorang ibu saudaranya turut menjadi ibu susuan Arfan Rakeen.

Terdahulu, mereka menerima kunjungan Pengurus Besar Hotel Permai, Noralizan Abdul Rahman dan kakitangan hotel berkenaan yang hadir menyampaikan barang keperluan harian dan kelengkapan Syawal.

Allahyarham Muhammad Noor Idham sebelum ini pekerja di hotel berkenaan.

Sementara itu, Noralizan berkata, pihaknya terpanggil untuk melihat perkembangan ketiga beradik itu dan menyampaikan sumbangan hasil kutipan tabung yang diwujudkan untuk membantu mereka.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : cempedakcheese