Bekalan PPE hanya bertahan 2 minggu, Dr Hisham rayu sumbangan rakyat Malaysia

“STOK setakat ini sekurang-kurangnya bertahan dua minggu. Sekiranya ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) nak derma, dermalah kepada kita,”.

Itu kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengenai stok peralatan perlindungan diri (PPE).

Beliau berkata, dari segi pemeriksaan stok, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melihat penggunaan PPE ketika ini meningkat antara dua hingga 10 kali ganda berbanding biasa.

Menurutnya, tiga kaedah penerimaan PPE kepada KKM iaitu perolehan pukal untuk semua negeri, perolehan di peringkat negeri dan ketiga, derma dari pelbagai NGO.

“Berbeza dengan ventilator apabila dah cukup contohnya ada 956 ventilator, kita dah cukup kita tak perlu ada pertambahan lagi.

“Tetapi setiap hari kita menggunakan PPE (pakai buang), mungkin 10 kali lebih banyak daripada biasa.

“Apa yang penting kita kena berterusan mendapatkan PPE daripada perolehan pusat atau negeri dan NGO,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media harian cov1d-19 di Putrajaya hari ini.

Sementara itu, katanya, adalah terlalu awal untuk menyatakan plasma bekas pes4kit cov1d-19 boleh digunakan untuk merawat pes4kit dijangkiti virus itu.

“Seramai 12 bekas pes4kit cov1d-19 tampil untuk mendermakan plasma. Jika si4sat4n tiada masalah termasuk peny4kit, kita akan rujuk mereka ke Pusat Dar4h Negara dan diambil dar4h.

“Plasma dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR). Pihak IMR akan melakukan kajian terhadap titisan plasma itu. Kalau ada keperluan kita akan gunakan plasma itu.

“Setakat ini baru penyelidikan awal, jadi masih terlalu awal untuk menyatakan plasma boleh digunakan untuk pes4kit kita,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : cempedakcheese