Memasuki bulan April, Perintah Kawalan Pergerakkan sudah pun memasuki fasa kedua. Ketika ini sememangnya ramai diantara keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana mulai terkesan dengan apa yang berlaku.
Jadi, sumbangan dan juga bantuan daripda mana-mana pihak sangatlah diharapkan bagi memastikan dapur rumah berasap.
Jalan kaki ambil bantuan
Ketika seluruh Malaysia pada ketika ini sedang bergelut dengan penyebaran c0v1d-19, ketahuilah bahawa ada golongan yang tidak bernasib baik terutama semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dijalankan ini.
Saban hari, pelbagai kisah yang terungkai semasa PKP sedang berlangsung. Ada yang tidak mampu membelikan susu anak dan ada juga yang sudah tidak menjamah makanan selama beberapa hari kerana ketiadaan sumber kewangan yang kukuh.
Namun begitu, bukan semua insan mudah untuk mendapatkan bantuan tersebut. Ada diantara mereka terpaksa keluar jauh dari tempat tinggal yang agak pedalaman bagi memastikan perut terisi.
Hal ini samalah seperti satu perkongsian yang dibuat oleh pengguna Facebook. Dia memuat naik kisah seorang kanak-kanak dari Sabah yang terpaksa berjalan kaki dalam jarak yang jauh semata-mata untuk mendapatkan sumbangan makanan.
Terbaru, menerusi kiriman yang dimuatnaik oleh Aisyah Abdul Halim di laman Facebook, beliau menceritakan mengenai seorang kanak-kanak yang mendapat sumbangan bekalan makanan.
Budak ni ana jumpa tepi jalan. Comotnya Ya Rabbi. Atuk dia sakit. Punya seronok dia dapat barang sumbangan. Dapat saja sebungkus Food pack tu terus berubah ceria muka dia.
“Bah, ustaz aku balik duluan ya!”
Tengok gambar ni pun meruntun jiwa seorang lelaki.
Begitulah mesej da’i Muhammad Syazwan Bin Khamis pada aku. Bila aku tengok gambar ni, kau tahu, seperti terngiang suara riang anak ini balik ke rumah dengan nyanyian kecil.
Ini di Pulau Banggi. Pulau yang paling besar di seluruh Malaysia, dan ia juga pulau termiskin! Bukan hanya di Sabah, tapi dari seluruh Malaysia. Paling miskin!
Boleh kalian bantu kami untuk sediakan Food Pack di sini? Jom kita target 100 Food Pack.
10052010114368
Bank Islam
Pertubuhan Amal Tarbiyatun Nisa
Sumber: Aisyah Abdul Halim
Atuk sakit dekat rumah
Tambah menghibakan apabila kanak-kanak yang terlihat agak comot itu begitu gembira setelah mendapatkan sumbangan barang dapur daripada penyumbang.
Tambah kanak-kanak itu lagi, datuknya sedang sakit di rumah. Mereka merupakan antara penghuni sebuah pulau terbesar di Sabah dan juga sebuah pulau termiskin.
Terasa sebak sangat
Mesej yang dihantar oleh seorang pendakwah yang dikenali sebagai Ustaz Muhammad Syazwan itu kepada Aisyah Abdul Halim begitu meruntun jiwa.
Rata-rata warganet yang melihat posting tersebut turut berasa tersentuh dengan keadaan kanak-kanak tersebut. Mereka juga berharap dapat sama-sama menbantu dan mendoakan agar segala urusan keluarga itu serta pihak NGO dipermudahkan sepanjang PKP ini.
Mari kita beri sumbangan sorang sedikit
Semoga permudahkan segala rezeki mereka
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Aisyah Abdul Halim via Siakap Keli